Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780016
Title: | Kesan perlindungan terapi kombinasi minyak kelapa dara dan pecahan kaya tokotrienol terhadap osteoporosis pada model tikus terovariektomi |
Authors: | Mohd Maaruf Abdul Malik (P70844) |
Supervisor: | Faizah Othman, Prof. Madya. Dr. Khin Pa Pa Hlaing @ Farida Hussan, Prof. Madya. Dr. Ahmad Nazrun Shuid, Prof. Dr. Qodriyah Hj. Mohd Saad, Prof. Madya. Dr. |
Keywords: | Anatomi Research Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 28-Jul-2016 |
Abstract: | Osteoporosis adalah s ejenis g angguan metabolik yang bercirikan kepada kepadatan mineral tulang yang rendah da n mengakibatkan peningkatan r isiko patah t ulang. Minyak k elapa d ara (VCO) diketahui m empunyai aktiviti a ntioksidan y ang sangat tinggi d isebabkan kandungan asid fenolik y ang tinggi. Pecahan k aya tokotrienol (TRF) daripada minyak sawit adalah sebatian kaya dengan vitamin E juga merupakan antioksidan yang s angat ba ik. Tujuan kajian i ni dijalankan ad alah untuk m engkaji kesan perlindungan terapi kombinasi VCO dan TRF terhadap t ulang f emur pa da model osteoporosis tikus terovariektomi yang diberikan diet tinggi lemak iaitu diet kolesterol t inggi dicampurkan dengan minyak s awit dipanaskan lima k ali (5HPO). Empat pul uh l apan ekor tikus betina Sprague-Dawley d ibahagikan k epada l apan kumpulan, iaitu kawalan sham (SHAM), kawalan ovariektomi (OVX), terovariektomi dan diberikan rawatan Premarin 64.5 μg/kg (OVX+E2), terovariektomi dan diberikan VCO 1.43 ml/kg ( OVX+V1), terovariektomi da n di berikan V CO 4.29 ml/kg (OVX+V2), terovariektomi dan diberikan TRF 30 mg/kg (OVX+T), terovariektomi dan di berikan campuran VCO 1.43 ml/kg da n T RF 30 mg/kg ( OVX+V1T), terovariektomi d an di berikan campuran VCO 4.29 ml/kg da n TRF 30 mg/kg (OVX+V2T). Rawatan diberikan secara paksaan oral selama 24 minggu. Kumpulan SHAM diberikan diet biasa manakala kum pulan l ain di berikan diet tinggi le mak. Pengambilan makanan direkodkan secara harian manakala berat badan diukur pada setiap min ggu. Serum d arah diambil sebelum d an s elepas r awatan bagi m engukur penanda biokimia tulang, osteokalsin (OC) dan telopeptida terminal-C kolagen jenis I (CTX). Selepas 24 minggu, tikus dibunuh untuk pengambilan tulang femur kiri bagi ujian histomorfometri tulang (struktur, dinamik dan statik). Hasil kajian menunjukkan berat b adan tikus terovariektomi meningkat secara signifikan berbanding kumpulan SHAM ( p<0.05). Purata p engambilan m akanan h arian adalah lebih t inggi s ecara signifikan bagi kumpulan t erovariektomi berbanding kum pulan SHAM (p<0.05). Penanda bi okimia menunjukkan a ras C TX l ebih t inggi d alam s emua kum pulan berbanding kum pulan OVX+V2T, di ma na ia menurun s elepas t empoh r awatan (p>0.05). Aras OC bagi kum pulan O VX+E2, OVX+T d an OV X+V1T meningkat secara s ignifikan b erbanding aras s ebelum rawatan (p<0.05). Parameter histomorfometri struktur m enunjukkan ovariektomi m engurangkan i sipadu t ulang (BV/TV), m engurangkan bilangan trabekular (Tb.N) da n m eningkatkan pe misahan trabekular ( Tb.Sp). Selepas r awatan, kum pulan OVX+E2, O VX+V1, OVX +V2, OVX+T dan OVX+V1T menunjukkan kesan lebih baik berbanding kumpulan OVX dan OVX+ V2T ba gi p engukuran BV/TV, T b.N da n T b.Sp ( p<0.05). Parameter histomorfometri dinamik menunjukkan permukaan dua label (dLS/BS), kadar aposisi mineral ( MAR) da n k adar pe mbentukan t ulang ( BFR/BS) le bih tin ggi s ecara signifikan da lam kum pulan t erawat be rbanding kum pulan t ak t erawat ( p<0.05). Kandungan MAR dan BFR/BS dalam kumpulan OVX+E2, OVX+T dan OVX+V2T lebih tinggi berbanding kumpulan lain. Bagi parameter histomorfometri statik, hanya kumpulan OVX+V2 menunjukkan pe ratus p ermukaan os teoblas (OB/BS), pe ratus isipadu osteoid (OV/BV) dan peratus permukaan osteoid (OS/BS) lebih tinggi secara signifikan berbanding kumpulan OVX (p<0.05). Peratus permukaan terhakis (ES/BS) dalam kumpulan OVX lebih tinggi secara signifikan berbanding kumpulan terawat. Kesimpulannya, kombinasi VCO dan TRF berpotensi sebagai agen terapeutik bagi memulihkan kerosakan tulang yang diaruhkan oleh ovariektomi. |
Notes: | e-tesis, tesis ini tidak disertakan surat perakuan |
Pages: | 51 |
Call Number: | QS20.5.M697k 2016 9HUKMPRA tesis |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780016 |
Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Kesan perlindungan terapi kombinasi minyak kelapa dara dan pecahan kaya tokotrienol terhadap osteoporosis pada model tikus terovariektomi .pdf Restricted Access | Partial | 682.94 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.