Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780013
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorA Rahman A Jamal, Prof. Datuk. Dr.en_US
dc.contributor.advisorNeoh Hui-Min, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorTee Ling Fei (P78041)en_US
dc.date.accessioned2025-07-21T07:14:18Z-
dc.date.available2025-07-21T07:14:18Z-
dc.date.issued2017-08-07-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780013-
dc.description.abstractBeberapa kajian angkasa lepas jangka masa panjang untuk Caenorhabditis elegans pelbagai generasi telah menunjukkan perubahan pengekspresan gen untuk aspek kelanjutan usia, pembaikpulihan DNA serta gerak alih. Namun, kebolehulangan kajian terdahulu ini adalah sukar dan terhad disebabkan kosnya yang tinggi. Selain itu, C. elegans pelbagai generasi yang diguna dalam kajian terdahulu menyebabkan campuran profil pengekspresan gen, di mana profil pengekspresan gen C. elegans telah dilaporkan berbeza untuk setiap peringkat hidup. Penggunaan medium kultur yang berbeza juga menyebabkan perbezaan dalam profil pengekspresan gen dan fenotip biologi C. elegans. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesan simulasi mikrograviti terhadap profil pengekspresan gen dan fenotip biologi C. elegans generasi tunggal yang dikultur menggunakan dua medium kultur yang berbeza. Random Positioning Machine (RPM) telah digunakan untuk mensimulasikan mikrograviti terhadap C. elegans selama 52 hingga 54 jam. Profil pengekspresan gen dianalisis dengan Affymetrix GeneChip® C. elegans 1.0 ST Array. Untuk cacing yang dikultur atas Nematode Growth Medium (NGM), hanya satu gen (R01H2.2) menunjukkan penurunan pengekspresan, manakala untuk cacing yang dikultur dalam C. elegans Maintenance Medium (CeMM), lapan gen menunjukkan perubahan pengekspresan; peningkatan pengekspresan pada enam gen dan penurunan pengekspresan pada dua gen. Lima gen yang menunjukkan peningkatan pengekspresan (C07E3.15, C34H3.21, C32D5.16, F35H8.9 and C34F11.17) merupakan gen yang mengekod RNA bukan pengekodan. Dari segi fenotip biologi C. elegans, cacing yang didedahkan kepada simulasi mikrograviti mengalami perubahan minimum daripada segi jangka hayat, pergerakan dan keupayaan pembiakan apabila dibandingkan dengan cacing kumpulan kawalan tanah. Sebagai rumusan, C. elegans generasi tunggal yang mengalami simulasi mikrograviti hanya mengalami perubahan yang minimum untuk profil pengekspresan gen serta fenotip biologi. Namun demikian, pendedahan C. elegans terhadap mikrograviti telah menyebabkan peningkatan pengekspresan gen RNA bukan pengekodan yang mungkin memainkan peranan epigenetik dalam pengawalaturan perubahan pada aspek kelanjutan usia, pembaikpulihan DNA serta gerak alih untuk cacing di angkasa lepas.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationUKM Medical Molecular Biology Institute / Institut Perubatan Molekul (UMBI)en_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectMolekul Biologien_US
dc.subjectResearchen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKesan simulasi mikrograviti terhadap profil pengekspresan gen dan fenotip biologi Caenorhabditis elegansen_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notese-tesisen_US
dc.format.pages114en_US
dc.identifier.callnoQU20.T258k 2017 9HUKMPRA tesisen_US
dc.identifier.barcode00002202287en_US
dc.format.degreeIjazah Sarjana Sainsen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:UKM Medical Molecular Biology Institute / Institut Perubatan Molekul (UMBI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kesan simulasi mikrograviti terhadap profil pengekspresan gen dan fenotip biologi caenorhabditis elegans .pdf
  Restricted Access
Full-text2.94 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.