Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779952
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ernieda Md Hatah, Dr. | en_US |
dc.contributor.advisor | Mohd Makmor Bakry, Prof. Dr. | en_US |
dc.contributor.author | Tew, Mei Mei (P97783) | en_US |
dc.date.accessioned | 2025-07-15T07:20:58Z | - |
dc.date.available | 2025-07-15T07:20:58Z | - |
dc.date.issued | 2025-06-03 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779952 | - |
dc.description.abstract | Tesis ini bertujuan untuk meneroka potensi penggunaan farmasi komuniti dalam menguruskan penyakit ringan dan mengurangkan tekanan kepada jabatan kecemasan. Kajian ini melibatkan empat bahagian. Kajian yang pertama bertujuan untuk menilai beban dan kos rawatan penyakit ringan di jabatan kecemasan di hospital awam. Hasil kajian menunjukkan bahawa jabatan kecemasan mengalami beban yang tinggi di mana sebanyak 82.3% daripada keseluruhan lawatan ke jabatan kecemasan adalah diklasifikasi dalam ketegori Zon Hijau. Sebanyak 82 sampel telah dikumpul untuk pengiraan kos rawatan penyakit ringan di jabatan kecemasan. Hasil kajian mendapati bahawa min rawatan satu penyakit ringan di hospital awam dianggarkan memerlukan kos sebanyak RM 45.88 ± RM 33.56. Projek kedua melibatkan kajian kualitatif temubual separa berstruktur ke atas 25 orang pesakit yang menerima rawatan di jabatan kecemasan untuk rawatan penyakit ringan. Terdapat enam tema utama dikenalpasti mempengaruhi pesakit untuk mendapatkan rawatan di jabatan kecemasan iaitu persepsi keseriusan penyakit, persepsi positif terhadap perkhidmatan jabatan kecemasan, kekurangan penggunaan kemudahan penjagaan kesihatan lain, kemudahan dan kos yang lebih murah, kurang memahami beban kerja jabatan kecemasan seirta kurang keupayaan untuk mengurus penyakit ringan sendiri. Seterusnya kajian soal selidik dijalankan ke atas 562 orang awam bagi menyiasat pengetahuan, persepsi dan amalan dalam memilih farmasi komuniti untuk rawatan penyakit ringan. Majoriti responden (n = 354, 63.0%) mempunyai pengetahuan yang baik (skor 9-10), amalan yang baik (n = 367, 65.3%) (skor 18-30) dan skor persepsi yang baikfn = 305, 54.3%) (skor 41-60). Kajian mendapati bahawa faktor sepera umur (OR 0.956, 95% CI 0.932 to 0.981, p=0.001), individu yang mempunyai tahap pendidikan teitinggi (OR 4.29, 95% CI 1.316 to 13.986, p=0.02), individu yang rnempunyai pengalaman terdahulu (OR 2.17, 95% CI 1.202 to 3.932, 0=0,0 1) serta kekerapan menggunakan farmasi komuniti (OR 2.08, 95% CI 1.271 to 3.402, p=0.004) mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap persepsi baik responden, manakala umur (OR 1.039, 95% CI 1.062-1.067, p=0.004) dan kekerapan menggunakan farmasi komuniti (OR 2.527, 95% CI 1.482-4.344, p=0.001) didapati mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap amalan baik responden. Kajian keempat dijalankan menggunakan kaedah pemetaan geografi ke atas -7051 klinik pengamal am (GP), 3084 farmasi komuniti (CP), 139 hospital awam (GH) dan 990 klinik kesihatan primer (KK). Kemudahan penjagaan kesihatan didapati sangat padat di kawasan bandar berbanding di luar bandar. Terdapat enam daerah yang tidak mempunyai CP, 2 tidak mempunyai GP, dan 11 tidak mempunyai kedua-duanya. Nisbah keseluruhan GP, CP, GH dan KK kepada populasi ialah 1:4228, 1:10,200, 1:223,619 dan 1:31,397, masing-masing. Secara keseluruhannya kajian ini mendapati terdapat potensi dalam revolusi pengurusan penyakit ringan di fasiliti komuniti farmasi kepada masyarakat. Potensi ini dijangka dapat mengurangkan kesesakan jabatan kecemasan, dan mengoptimumkan penggunaan sumber penjagaan kesihatan. Dapatan kajian boleh digunakan oleh pembuat dasar, pengamal penjagaan kesihatan dan pihak berkepentingan untuk mengoptimumkan sistem kesihatan untuk pengurusan penyakit ringan, dan meningkatkan kecekapan sistem kesihatan dengan penggunaan sumber kesihatan yang berkesan. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | en_US |
dc.relation | Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Pharmacies | en_US |
dc.subject | Community Pharmacy Services | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Penerokaan rawatan penyakit ringan dalam sistem kesihatan Malaysia: potensi pemerkasaan peranan ahli farmasi komuniti | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.description.notes | e-tesis | en_US |
dc.format.pages | 218 | en_US |
dc.format.degree | Ijazah Doktor Falsafah | en_US |
dc.description.categoryoftheses | Access Terbuka/Open Access | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Penerokaan rawatan penyakit ringan dalam sistem kesihatan malaysia potensi pemerkasaan peranan ahli farmasi komuniti.pdf Restricted Access | Full-text | 5.03 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.