Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779947
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Norhayati Ibrahim, Prof. Madya Dr. | en_US |
dc.contributor.advisor | Siau, Ching Sin, Dr. | en_US |
dc.contributor.advisor | Amira Najiha Yahya, Dr. | en_US |
dc.contributor.author | Cham, Choy Qing (P111693) | en_US |
dc.date.accessioned | 2025-07-15T00:49:19Z | - |
dc.date.available | 2025-07-15T00:49:19Z | - |
dc.date.issued | 2025-02-06 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779947 | - |
dc.description.abstract | Isu kesihatan mental terutamanya yang melibatkan masalah kemurungan dan kebimbangan sering berlaku dalam kalangan ibu bapa yang menjaga pesakit psikiatri remaja. Sebagai tindak balas kepada cabaran yang besar yang dihadapi oleh penjaga pesakit psikiatri remaja, kajian ini bertujuan untuk mengkaji kemurungan, kebimbangan dan kepuasan hidup dalam kalangan penjaga pesakit psikiatri remaja serta membangun dan menguji kebolehlaksanaan modul Program Psikopendidikan Penjaga Pesakit Psikiatri - Remaja (4P-R) di Malaysia. Kajian ini terdiri daripada 4 fasa. Fasa 1 adalah kajian kuantitatif yang melibatkan pengumpulan data melalui soal selidik (N = 207) di lima hospital awam utama dengan menggunakan kaedah persampelan mudah. Hasil kajian menunjukkan bahawa kemurungan adalah peramal utama kebimbangan, kebimbangan adalah peramal utama kemurungan, dan kualiti hubungan suami isteri adalah peramal utama kepuasan hidup. Fasa 2 melibatkan kajian kualitatif melalui temu bual separa berstruktur (N = 15) di empat hospital awam. Lima tema cabaran penjagaan (hubungan keluarga yang tegang, stigma, kekangan masa, kepelbagaian emosi, kesedaran yang rendah terhadap kesihatan mental dalam masyarakat) dan empat tema strategi daya tindak (daya tindak berfokuskan masalah, daya tindak berfokuskan emosi, daya tindak pengelakan dan rekreasi) telah dikenal pasti melalui analisis tematik. Fasa 3 adalah fasa pembangunan modul, dan modul Program 4P-R dibina hasil dari brainstorming bersama pakar dan hasil kajian penemuan dari Fasa 1 dan 2. Seramai enam orang pakar telah menilai kesahan modul dan min peratusan keseluruhan yang diperoleh adalah 87.3%, menunjukkan kesahan kandungan modul Program 4P-R adalah baik. Seterusnya, Fasa 4 melibatkan pendekatan quasi esperimen untuk menguji kebolehlaksanaan dalam kalangan 20 penjaga pesakit psikiatri remaja yang direkrut melalui persampelan bertujuan. Modul Program 4P-R memberi kesan yang signifikan terhadap pengurangan tahap kemurungan dan peningkatan kepuasan hidup dalam kalangan penjaga. Kajian ini bukan sahaja memberikan pemahaman mendalam mengenai isu kesihatan mental dalam kalangan penjaga pesakit psikiatri remaja, tetapi juga membuktikan keberkesanan modul Program 4P-R dalam meningkatkan kesejahteraan mereka. Modul ini berpotensi untuk dijadikan intervensi yang berkesan untuk menyokong dan membantu penjaga pesakit psikiatri remaja di Malaysia. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | en_US |
dc.relation | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Mental Health | en_US |
dc.subject | Caregivers | en_US |
dc.subject | Depression | en_US |
dc.subject | Anxiety | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Kesihatan mental dan kepuasan hidup penjaga pesakit psikiatri remaja serta pembangunan dan kebolehlaksanaan modul Program 4P-R | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.description.notes | e-tesis | en_US |
dc.format.pages | 334 | en_US |
dc.format.degree | Ijazah Doktor Falsafah | en_US |
dc.description.categoryoftheses | Access Terbuka/Open Access | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Kesihatan mental dan kepuasan hidup penjaga pesakit psikiatri remaja serta pembangunan dan kebolehlaksanaan modul Program 4P-R.pdf Restricted Access | Full-text | 3.1 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.