Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779933
Title: | Meneroka peranan ahli farmasi komuniti dalam penjagaan kolaboratif warga tua yang lemah di fasiliti penjagaan warga tua berkediaman (RACF) |
Authors: | Arif Zikri Mazlan (P100911) |
Supervisor: | Adliah Mhd Ali, Dr. Mohd Makmor Bakry, Prof. Dr. Chandini Menon, Dr. Marhanis Salihah Omar, Dr. |
Keywords: | Frailty Syndrome Elderly Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 28-Jan-2025 |
Abstract: | Sindrom lemah dalam kalangan warga tua dianggap sebagai penyumbang kepada jatuh dan semakin diiktiraf sebagai keutamaan dalam kesihatan awam. Jenis-jenis ubat tertentu dikaitkan dengan risiko jatuh seperti antipsikotik, antidepresan, antihipertensi, antiepileptik, dan benzodiazepin. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan ubat-ubatan yang meningkatkan risiko jatuh (FRIDs) dalam kalangan warga tua yang lemah di fasiliti penjagaan warga tua berkediaman (RACF) dan potensi peranan ahli farmasi komuniti dalam penjagaan kolaboratif warga tua di RACF. Kajian menggunakan metodologi penyelidikan kaedah campuran, kajian kuantitatif diikuti dengan kajian kualitatif yang dijalankan di Lembah Klang, Malaysia. Kajian rentas telah dijalankan dalam kalangan penghuni RACF yang berumur 65 tahun ke atas menggunakan satu set soal selidik yang dibantu oleh penyelidik dan disahkan, setelah mendapat persetujuan mereka. Seramai 72 orang warga tua dimasukkan dalam kajian kuantitatif. Selepas itu, temu bual separa berstruktur telah dijalankan dalam kalangan pengamal kesihatan dengan 13 peserta bagi kajian kualitatif untuk meneroka peranan berpotensi ahli farmasi komuniti dalam penjagaan warga tua di RACF. Lebih daripada 90% penghuni diklasifikasikan sebagai pra-lemah (n=34, 47.2%) dan lemah (n=32, 44.4%). Kebanyakan daripada mereka mengambil ubat yang meningkatkan risiko jatuh (n=53, 73.6%). Penyumbang utama yang dikenal pasti sebagai punca jatuh dalam kalangan peserta ialah penghalang saluran kalsium. Tiada hubungan yang signifikan ditemui antara data demografi, status kelemahan, dan risiko jatuh dengan penggunaan FRIDs dalam kajian ini. Semua doktor dan ahli farmasi bersetuju bahawa ahli farmasi komuniti perlu terlibat dalam pengurusan ubat-ubatan untuk warga tua yang lemah di RACF. Selain itu, ahli farmasi komuniti boleh menyediakan perkhidmatan yang dapat membantu warga tua yang lemah untuk pengurusan ubat yang lebih baik. |
Pages: | 124 |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779933 |
Appears in Collections: | Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Meneroka peranan ahli farmasi komuniti...pdf Restricted Access | Full-text | 2.04 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.