Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779797
Title: Aktiviti antimikrob peralatan perlindungan diri (PPE) yang disaluti nanozarah fotopemangkin
Authors: Subash Nambiar Sree Pathi (P126031)
Supervisor: Noraziah Mohamad Zin, Prof. Dr.
Wong, Kon Ken, Dr.
Keywords: Nanoparticles
Personal Protective Equipment
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 6-May-2025
Abstract: Nanozarah fotopemangkin adalah teknologi baharu yang apabila terdedah kepada cahaya akan menjadi fotomangkin dan menghasilkan spesies oksigen reaktif (ROS) pada permukaan sesuatu fomit. ROS ini mempunyai sifat antimikrob yang mampu membunuh mikroorganisma. Walaupun ROS tidak berbahaya kepada manusia, tetapi boleh memudaratkan apabila tahapnya melebihi keupayaan tubuh untuk mengawalnya. Kajian ini dilakukan untuk menilai sifat antimikrob nanozarah fotopemangkin pada peralatan pelindung diri (PPE) iaitu gaun pembedahan dan pelitup muka. Ujian antibakteria dan antifungus telah dijalankan dengan menginokulasi PPE dengan mikrob dan diikuti dengan pengiraan koloni. Untuk antivirus, PPE telah diinokulasi dengan ampaian virus diikuti dengan analisis 50% dos berjangkit kultur tisu (TCID50). Kajian ini memfokuskan kepada ujian masa kematian serta ujian basuhan PPE untuk menguji ketahanan basuhan bagi nanozarah fotopemangkin. Keputusan menunjukkan aktiviti antivirus terhadap virus influenza A (H1N1) PR8 dan virus influenza B jenis liar, dengan 99% (atau 2 log) pengurangan pertumbuhan selepas 40 dan 60 minit eraman dengan PPE bersalut nanozarah fotopemangkin. Basuhan sebanyak 5 dan 20 kali menyebabkan sedikit penurunan dalam keberkesanan, tetapi aktiviti antivirus kekal ketara dengan pengurangan pertumbuhan 90% (melebihi pengurangan 1 log). Ujian antibakteria menunjukkan pengurangan pertumbuhan 90% (melebihi pengurangan 1 log) terhadap Escherichia coli ATCC 25922 dan Staphylococcus aureus ATCC 25923. Selepas 5 dan 20 kali basuhan, keberkesanan antibakteria kekal pada 90% pengurangan pertumbuhan. Nanozarah menunjukkan keberkesanan yang lebih rendah terhadap fungus, khususnya Candida albicans ATCC 10231 dengan pengurangan tidak lebih 1 log dan tiada pengurangan terhadap Aspergillus brasiliensis ATCC 16404 untuk ujian masa kematian dan ujian ketahanan dan keberkesanan. Hasil daripada mikroskopi elektron pengimbasan pancaran medan (FESEM) pada PPE, nanozarah fotopemangkin mempunyai bentuk dan saiz yang tidak sekata serta tidak memenuhi keseluruhan permukaan PPE. Hasil mikroskopi elektron pengimbasan (SEM), bakteria S. aureus dan E. coli menunjukkan kerosakan pada permukaan luar sel pada PPE yang bersalut nanozarah berbanding PPE yang tidak bersalut nanozarah. Nanozarah fotopemangkin menunjukkan keberkesanan lebih baik terhadap virus berbanding bakteria. Namun begitu, keupayaan nanozarah untuk mengekalkan aktiviti antimikrob melalui pelbagai kitaran basuhan dan tempoh pengeraman menunjukkan potensi mereka untuk meningkatkan keupayaan perlindungan PPE. Secara keseluruhan, PPE yang bersalut dua kali menunjukkan kesan antimikrob yang lebih baik berbanding dengan PPE yang bersalut satu kali.
Notes: e-tesis
Pages: 116
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779797
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Aktiviti antimikrob peralatan perlindungan diri (PPE) yang disaluti nanozarah fotopemangkin.pdf
  Restricted Access
Full-text2.59 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.