Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779788
Title: | Pemulihan terapi berasaskan realiti maya bagi kanak-kanak penghidap palsi serebrum: motivasi kepatuhan, kebolehlaksanaan, potensi kesan dan persepsi |
Authors: | Huda ‘Aliah Mohd Iqbal (P112914) |
Supervisor: | Asfarina Zanudin, Dr. Nor Azlin Mohd Nordin, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Cerebral Palsy Virtual Reality Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 3-Jan-2025 |
Abstract: | Dunia maya kini menjadi sebahagian besar kehidupan seharian, termasuk dalam permainan, komunikasi, dan kesihatan. Perkembangannya menarik perhatian banyak industri, terutamanya dalam bidang kesihatan untuk tujuan pendidikan, diagnostik, dan rawatan. Dalam konteks pemulihan, realiti maya semakin diterapkan dalam terapi neurologi seperti palsi serebrum (CP) untuk meningkatkan hasil pemulihan bagi kanakkanak yang mengalaminya. CP adalah gangguan perkembangan saraf yang yang terjadi pada kanak-kanak diawal usia dan keadaan ini akan kekal sepanjang hayat. Walau bagaimanapun, kajian yang meneroka kesannya terhadap kanak-kanak dengan kondisi CP yang berbeza masih diperlukan. Penggunaan realiti maya yang disesuaikan mengikut kebolehan dan penggunaan ukuran hasil yang mantap untuk kanak-kanak dengan CP diperlukan. Oleh itu, kajian 2-fasa ini dijalankan menggunakan pendekatan kuantitatif. Fasa pertama merupakan kajian tinjauan literatur sistematik bertujuan untuk mengkaji pengaruh motivasi terapi realiti maya terhadap kanak-kanak CP. Pada fasa pertama, Sejumlah 4 artikel telah dimasukkan dalam semakan setelah saringan berdasarkan abstrak, tajuk, artikel penuh serta kriteria kemasukan. Didapati pengaruh motivasi bagi terapi realiti maya tidak menentu, dengan beberapa menyatakan ada peningkatan motivasi dan beberapa dakwaan bahawa ia adalah sama dengan terapi konvensional. Dalam fasa kedua pula, kajian ini bertujuan untuk menentukan kesan terapi realiti maya terhadap fungsi fizikal dan kualiti hidup (QoL) kanak-kanak dan remaja dengan CP. Sebanyak lima siri kes yang memenuhi kriteria inklusi kajian dimasukkan mewakili jenis CP contohnya spastik diplegia, ataksia dan hempilegia. Umur peserta adalah antara lapan hingga enam belas tahun. Para peserta menjalani program realiti maya selama 4 minggu (dua kali seminggu) dengan penilaian kekuatan otot isometrik, motor kasar, ujian berjalan kaki enam minit (6MWT) dan soal selidik QoL telah dijalankan pada peringkat awal dan minggu ke-empat. Ibu bapa/penjaga peserta telah ditemu bual tentang persepsi mereka terhadap terapi realiti maya dan motivasi anak-anak mereka selepas menamatkan program tersebut. Secara keseluruhan, kajian ini mendapati terdapat penemuan positif contohnya dalam kemajuan kekuatan otot hip abductor pada empat peserta. Manakala ujian 6MWT menunjukkan kesemua peserta berjalan lebih jauh selepas menjalani sesi realiti maya selama 4 minggu dengan seorang peserta mencatatkan penambahan jarak sebanyak 82 meter. Bagi prestasi motor kasar, majoriti (n=3) peserta menunjukkan tiada perubahan dari segi skor dimensi berjalan. Soal selidik QoL mendapati tiga peserta dilaporkan menunjukkan penambahan skor QoL selepas tamat program. Terdapat lima tema yang dapat diterbitkan hasil daripada temu bual yang diadakan bersama penjaga; persepsi penjaga tentang motivasi peserta terhadap realiti maya sebagai terapi, respons kanak- kanak terhadap sesi realiti maya, kesan persepsi terhadap motivasi dan perubahan dalam kebolehan fizikal peserta, motivasi untuk meneruskan dengan terapi realiti maya dan faktor lain yang mempengaruhi motivasi untuk menghadiri sesi realiti maya. Kajian kualitatif juga menunjukkan perseptif yang positif di kalangan ibubapa mengenai perawatan menggunakan realiti maya. Kesimpulanya, kajian ini menunjukkan realiti maya mempunyai potensi sebagai pendekatan alternatif dalam pemulihan pesakit CP. |
Notes: | e-tesis |
Pages: | 160 |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779788 |
Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Pemulihan terapi berasaskan realiti maya bagi kanak-kanak penghidap palsi serebrum motivasi kepatuhan, kebolehlaksanaan, potensi kesan dan persepsi.pdf Restricted Access | Full-text | 2.45 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.