Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779752
Title: | Naratif baharu dalam memahami watak teks cerita jenaka Melayu |
Authors: | Suhaini Md Noor (P99825) |
Supervisor: | Mohd Faizal, Dr Ros Mahwati Ahmad Zakaria, Ts. Dr |
Keywords: | Cerita jenaka Melayu Kebudayaan masyarakat Universiti Kebangsaan Malaysia-- Dissertations Dissertations Academic-- Malaysia terapi naratif Pak Pandir Si Luncai Musang Berjanggut |
Issue Date: | 15-May-2025 |
Abstract: | Cerita jenaka Melayu merupakan antara produk sastera lisan tradisional yang berfungsi menghibur dan mendidik menerusi tingkah laku watak-wataknya. Permasalahan yang cuba ditangani menerusi kajian ini ialah pembacaan teks sastera menerusi perspektif psikologi bagi mengatasi stereotaip yang tertimpa ke atas watak sehingga teks cerita jenaka tidak dijadikan sebagai alat didaktik. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti terapi psikologi yang boleh diimplementasi dalam memahami watak, menganalisis faktor-faktor pertimbangan watak berdasarkan Teori Pilihan Glasser serta menghuraikan tingkah laku watak dalam ketiga-tiga teks yang dipilih iaitu Pak Pandir, Si Luncai dan Musang Berjanggut. Tatacara Terapi Naratif (TN) dibandingkan secara bertahap iaitu teknik ekternalisasi, konstruk semula dan reauthor dalam mengenal pasti dan menghurai data kajian. Data diekstrak menerusi teknik Sintesis Naratif Teks dan dianalisis secara sistematik menerusi pendekatan Analisis Tematik berbantu aplikasi AtlasTi. Bagi memahami pertimbangan, 5 domain dalam Teori Pilihan Glasser dibandingkan dengan tingkah laku watak-watak yang dikaji. Domain paling dominan yang dikenal pasti ialah kuasa yang menggambarkan kecenderungan watak mempertimbang darjat, kuasa pemimpin serta kepatuhan rakyat dalam membuat keputusan. Dapatan berkaitan keterikatan masyarakat Melayu dengan budaya dan peraturan adat dalam membuat pertimbangan memperlihatkan domain baru yang signifikan iaitu nilai dan amalan, justeru domain ini melengkapkan domain sedia ada dalam teori yang dibandingkan. Faktor pertimbangan watak dihuraikan lanjut dengan melihat perbezaan jagat kualiti dan jagat realiti merangkumi latar belakang, pengalaman dan tahap pengetahuan. Sebuah Model Pertimbangan Watak Cerita Jenaka Melayu dibangunkan sebagai kerangka pembacaan teks menggunakan kaedah Terapi Naratif baharu. Model ini dapat dijadikan panduan baru kepada pengkaji akan datang dalam memahami pertimbangan watak dengan domain-domain yang signifikan dalam cerita jenaka Melayu. Diharapkan dapatan kajian ini dapat menjustifikasikan sisi positif watak teks jenaka Melayu yang sebelum ini ditanggap negatif menerusi bacaan selapis. Malahan, pendekatan Terapi Naratif yang diuji ke atas teks cerita jenaka ini boleh juga dipraktik dalam kajian akan datang bagi memahami watak cerita dalam genre sastera yang lain. |
Description: | Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu |
Pages: | 409 |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779752 |
Appears in Collections: | Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Naratif baharu dalam memahami watak teks cerita jenaka melayu. Suhaini Md Noor [P99825].pdf Restricted Access | Full text | 262.14 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.