Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779528
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorLow Teck Yew, Prof. Madya. Dr.en_US
dc.contributor.advisorMohamad Aimanuddin Mohtar, Dr.en_US
dc.contributor.advisorLee Pey Yee, Dr.en_US
dc.contributor.authorAlyssa Leong Zi Xi (P112413)en_US
dc.date.accessioned2025-06-16T08:59:10Z-
dc.date.available2025-06-16T08:59:10Z-
dc.date.issued2025-03-24-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779528-
dc.description.abstractMikroprotein, peptida kecil yang kurang daripada 100 asid amino, telah muncul sebagai molekul yang penting dalam mengawalselia pelbagai proses biologi penting termasuk kanser. Dalam kanser kolorektal (CRC), mikroprotein telah mempengaruhi perkembangan tumor dan tindak balas terhadap terapi melalui modulasi pengisyaratan, ekspresi gen, dan metabolisma selular. Namun begitu, penyelidikan mengenai mikroprotein dalam CRC masih berada di peringkat awal. Justeru, kajian ini bertujuan untuk memprofilkan ekspresi dan fosforilasi mikroprotein dalam CRC dengan menggunakan analisis in-vitro dan in-silico. Mikroprotein dan fosfopeptida dari enam sel selanjar CRC (Dukes D-COLO 205, Dukes C-COLO320DM, Dukes C-SW48, Dukes B-SW480, Dukes A-SW1116, dan kolorektal normal CCD841) yang mewakili semua peringkat CRC telah diperkaya menggunakan pemendakan asid asetik dan kromatografi titanium dioksida, diikuti dengan identifikasi dan pengukuran kuantiti menggunakan spektrometri jisim (MS). Selain itu, set data proteomik CRC dari repositori Clinical Proteomic Tumor Analysis Consortium (CPTAC) telah diperkemas untuk pengenalpastian mikroprotein. Secara keseluruhan, 207 dan 665 mikroprotein telah dikenalpasti dari sel selanjar dan set data CPTAC masing-masing, dimana integrasi kedua-dua set data tersebut telah mengenalpasti 167 protein yang sama. Secara jelas, S100P dan UQCR11 didapati dalam pengekspresan tinggi sementara ADIRF, PCP4 dan NMES1 didapati dalam pengekspresan rendah. Selain itu, dua mikroprotein yang baru dianotasi, PIGBOS dan NoBody, yang dihipotesiskan terlibat dalam proses onkologi, telah dikenalpasti. Ini mengesahkan pendekatan yang diambil dalam kajian ini. Tiga mikroprotein novel, iaitu IP_662645, IP_624439 dan IP_671454, telah diutamakan dalam patogenesis CRC. Fungsi mikroprotein novel diramalkan melalui strategi sasaran berbalik. Selain itu, mikroprotein tersebut telah menunjukkan interaksi yang signifikan dalam pengikatan faktor pertumbuhan, penguraian SCF-proteasomal, dan kawalan sitoskeleton aktin. Analisis MS daripada pengayaan fosfopeptida telah mengenalpasti 1440 dan 43709 fosfopeptida dalam sel selanjar dan data CPTAC masing-masing, dengan lapan dan 167 fosfopeptida berasal daripada mikroprotein. Secara jelas, kinase PRKACA berinteraksi dengan mikroprotein FXYD1 pada residu S83, dan ini mencadangkan peranan mikroprotein dalam patogenesis CRC melalui modifikasi laluan pertumbuhan dan migrasi. Secara keseluruhan, penemuan daripada kajian ini menyumbang ke arah pencirian dan penemuan mikroprotein yang dianotasi dan novel, menunjukkan kepentingan mikroprotein dalam kanser kolorektal dan menyediakan asas untuk penyelidikan masa depan terhadap peranannya dalam patogenesis dan terapi CRC.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationUKM Medical Molecular Biology Institute / Institut Perubatan Molekul (UMBI)en_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectBiochemistryen_US
dc.subjectResearchen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePengenalpastian dan profil pengekspresan mikroproteom dalam sel selanjar yang berasal daripada pelbagai tahap kanser kolorektalen_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notese-tesisen_US
dc.format.pages281en_US
dc.identifier.callnoQU20.L579p 2025 9HUKMPRA tesisen_US
dc.identifier.barcode00002283209en_US
dc.format.degreeIjazah Sarjana Sainsen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:UKM Medical Molecular Biology Institute / Institut Perubatan Molekul (UMBI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pengenalpastian dan profil pengekspresan mikroproteom dalam sel selanjar yang berasal daripada pelbagai tahap kanser kolorektal.pdf
  Restricted Access
Full-text6.13 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.