Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779193
Title: | Kesan madu kelulut ke atas tikus yang mengalami sindrom metabolik aruhan diet tinggi karbohidrat dan tinggi lemak |
Authors: | Nur Zuliani Ramli (P88435) |
Supervisor: | Fairus Ahmad, Dr. Chin Kok Yong, Dr. |
Keywords: | Honey Antioxidants -- therapeutic use Dissertations, Academic -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 9-Jul-2019 |
Abstract: | Sindrom metabolik (MetS) adalah gugusan beberapa faktor risiko seperti obesiti sentral, hiperglisemia, dislipidemia dan hipertensi yang meningkatkan kecenderungan untuk menghidap penyakit kardiovaskular dan diabetes melitus. Madu adalah produk semulajadi yang digunakan secara tradisional untuk merawat pelbagai penyakit. Madu kelulut (MK) merupakan salah satu jenis madu di Malaysia yang dihasilkan oleh spesies lebah tanpa sengat. Kajian terkini mendapati MK mempunyai ciri antioksidan yang lebih kuat dan tinggi kandungan fenolik berbanding madu jenis lain. Walau bagaimanapun, keberkesanannya dalam pencegahan MetS masih belum diketahui. Sebanyak 24 ekor tikus Wistar jantan dibahagikan secara rawak kepada kumpulan kawalan (C), kumpulan MetS aruhan diet tinggi karbohidrat dan tinggi lemak (HCHF) (S) dan kumpulan MetS yang menerima suplementasi MK (K). Diet HCHF mengandungi 200 g minyak sapi tulen, 175 g fruktosa dan 395 g susu pekat manis berserta dengan air minuman fruktosa 25% diberikan selama 16 minggu secara ad libitum. Bagi kumpulan K, suplementasi 1 g/kg/hari MK diberi secara gavaj oral pada lapan minggu terakhir tempoh kajian. Berbanding kumpulan kawalan, tikus aruhan MetS mengalami peningkatan signifikan peratusan lemak badan (23.48 vs 6.30 %), berat lemak omentum (1.90 vs 1.01 g), aras serum trigliserida (TG) (1.12 vs 0.49 mmol/L), tekanan darah sistolik (SBP) (131.50 vs 114.50 mmHg) dan diastolik (DBP) (84.67 vs 74.17 mmHg), pertambahan keluasan (3931.73 vs 1585.37 µm2) dan perimeter (234.75 vs 161.52 µm) sel adiposit serta pengurangan jisim badan tanpa lemak (253.10 vs 260.34 g) pada penghujung kajian (p < 0.05). Pemberian MK didapati berupaya menghalang perubahan disebabkan oleh MetS aruhan diet secara signifikan terhadap berat lemak omentum (1.20 g), aras TG (0.67 mmol/L), SBP (105.50 mmHg) dan DBP (70.50 mmHg) serta mengurangkan keluasan (1920.97 µm2) dan perimeter (176.45 µm) sel adiposit pada minggu ke-16 (p<0.05). Kesimpulannya, MK berpotensi untuk digunakan sebagai ejen pencegahan terhadap MetS. |
Notes: | e-tesis |
Pages: | 148 |
Call Number: | QS20.5.N974k 2019 9HUKMPRA tesis |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/779193 |
Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Kesan madu kelulut ke atas tikus yang mengalami sindrom metabolik aruhan diet tinggi karbohidrat dan tinggi lemak.pdf Restricted Access | Full-text | 2.28 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.