Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778796
Title: | Mengenalpasti biopenanda bagi ketidaksuburan pada sindrom polisistik ovari melalui analisis mikroatur |
Authors: | Muhammad Hamzihadi Hamrah (P62576) |
Supervisor: | Norfilza Mohd Mokhtar, Prof. Madya. Dr. Noor Wahidah Mohd Nasri A Rahman A Jamal, Prof. Datuk Dr. |
Keywords: | Infertility Polycystic Ovary Syndrome Dissertations, Academic -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 21-Aug-2015 |
Abstract: | Dianggarkan 90% daripada wanita yang menjalani rawatan kesuburan anovulatori telah dikesan mempunyai sindrom polisistik ovari (PCOS). Etiologi PCOS masih belum jelas sehingga kini dan tiada kajian dijalankan bagi mengenalpasti penanda bio bagi PCOS.Ini disebabkan gangguan fungsi metabolik pada PCOS yang mempunyai pelbagai kesan kepada sel-sel kumulus manusia berdasarkan hubungan kumulus-oosit kompleks yang rapat. Kajian ini bertujuan menentukan profil ekspresi gen bagi sel-sel kumulus yang diperoleh daripada pesakit PCOS dibandingkan dengan bukan PCOS menggunakan mikroatur oligonukleotida dan menentukan laluan molekul yang berkaitan dengan ketidaksuburan. RNA keseluruhan diekstrak daripada enam belas pesakit tidak subur yang menjalani persenyawaan in vitro di Hospital Canselor Tunku Mukhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dari tahun 2012 hingga 2013. RNA berkualiti tinggi dipilih untuk proses penggandaan dan penghibridan untuk aturan ekspresi gen manusia Affymetrix GeneChip® PrimeView™. Analisis data mikroatur menggunakan perisian GeneSpring GX 12.5 dan Pathway Studio 9.0.Kaedah kuantitatif tindakbalas berantai polimerase (qPCR) dipilih bagi mengesahkan data mikroatur. Mikroatur telah dijalankan ke atas cip bersama proba yang mengandungi 29 385 gen yang diketahui. Sebanyak 16 931 gen ditapis setelah dipulihkan dengan algoritma RMA. Analisis komponen utama dikelaskan mengikut kumpulan. Ujian t tidak berpasangan dengan varians tidak setara (Welch) mendapati 306 gen berekspresi secara pembezaan dalam PCOS berbanding bukan PCOS (perubahan kali ganda ≥ 2.0, p ≤ 0.05). Dikalangan gen ini, 129 gen berekspresi tinggi manakala 177 gen berekspresi rendah dalam PCOS berbanding bukan PCOS. Proses biologi ketara yang dikesan adalah pembahagian sel, perkembangan embrio in utero dan anti apoptosis (p ≤ 0.05). qPCR mengesahkan bahawa faktor A pertumbuhan endotelium vaskular (VEGFA) meningkat dengan 6.89 kali ganda dalam PCOS berbanding sampel bukan PCOS (p ≤ 0.05). Berlakunya penurunan pada setiap gen yang dirembeskan oleh fosfoprotein 1 terembes (SPP1) sebanyak 0.26 kali ganda, fosfoprotein 2 kaitan src kinase (SKAP2) sebanyak 0.31 kali ganda, ahli keluarga X histon H1 (H1FX) sebanyak 0.26 kali ganda, kitaran pembahagian sel 27 (CDC27) sebanyak 0.21 kali ganda dan beta protein pindahan phosphatidylinositol (PITPNB) sebanyak 0.47 kali ganda (p ≤ 0.05). Gen signifikan telah dikesan pada sel kumulus dalam PCOS yang berkaitan ketidaksuburan. Analisis tapak jalan menunjukkan adanya rangkaian berhubung yang terlibat dengan laluan molekul PCOS. Kesimpulannya, kajian ini telah berjaya mengenalpasti senarai gen signifikan dan laluannya yang dapat menyumbang ke arah pemahaman yang lebih baik mengenai ketidaksuburan dalam PCOS. |
Notes: | e-tesis |
Pages: | 37 |
Call Number: | QT20.5.M952m 2015 9HUKMPRA tesis |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778796 |
Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Mengenalpasti biopenanda bagi ketidaksuburan pada sindrom polisistik ovari melalui analisis mikroatur.pdf Restricted Access | Partial | 2.56 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.