Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778509
Title: Pengurusan pekerja migran sektor domestik di Malaysia
Authors: Siti Nur Suhaili Abdul Haris (P108864)
Supervisor: Saidatul Nadia Abd Aziz, Dr.
Keywords: Migrant labor -- Malaysia
Migrant labor (Canon law)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 26-Nov-2024
Abstract: Sehingga hari ini pekerja domestik migran di Malaysia telah banyak membantu keluarga majikan mereka dalam menguruskan perihal kebajikan rumah tangga dan urusan keluarga sehari-hari daripada segi menguruskan anak kecil, menjaga ahli keluarga yang uzur dan mengemas rumah. Walaupun banyak jasa dan pengorbanan mereka telah dicurahkan demi mencari rezeki untuk keluarga mereka di negara asal, nasib mereka masih lagi tidak terbela dan tiada hak yang jitu termaktub dalam perundangan negara ini untuk membela dan melindungi mereka secara khusus. Golongan pekerja ini masih merupakan golongan yang rentan dan sering berhadapan pelbagai cemuhan, penderaan dan sering dipandang hina. Maka penulisan tesis ini memfokuskan kepada pekerja domestik migran yang berada di Malaysia. Tesis ini mengupas tentang cabaran perundangan yang dihadapi oleh pekerja domestik migran di Malaysia dan jenis-jenis perundangan yang sedia ada untuk melindungi pekerja domestik migran ini melalui analisis sejarah dan kualitatif. Kajian yang menyeluruh dan mendalam ini akan memberikan cadangan kepada Malaysia untuk menangani permasalahan perundangan yang terbatas untuk pekerja migran domestik dan seterusnya boleh menjadi penanda aras dan contoh kepada negara lain di dalam menyantuni golongan pekerja domestik migran ini. Kesimpulan kepada penulisan tesis ini ialah Malaysia harus menyediakan perundangan yang mapan dan khusus untuk pekerja domestik migran sama seperti pekerja di sektor lain agar dapat melindungi semua pekerja domestik migran dengan lebih baik.
Notes: e-tesis
Pages: 177
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778509
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pengurusan pekerja migran sektor domestik di Malaysia.pdf
  Restricted Access
Full-text2.15 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.