Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778485
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHaniwarda Yaakob, Dr.en_US
dc.contributor.authorHajah Makiah Tussaripah Jamil (P81315)en_US
dc.date.accessioned2025-03-21T02:18:37Z-
dc.date.available2025-03-21T02:18:37Z-
dc.date.issued2024-11-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778485-
dc.description.abstractTeknologi Diagnosis Genetik Praimplantasi (DGP) atau juga dikenali sebagai Preimplantation Genetic Diagnosis (PGD) merupakan satu teknologi yang membolehkan embrio disaring untuk mengesan sebarang kerosakan genetik atau ciri penyakit genetik pada embrio sebelum proses implantasi dilakukan. DGP kini boleh didapati di Malaysia namun sehingga tesis ini ditulis, tiada sebarang undang-undang khusus yang wujud untuk mengawal selia penggunaan teknologi ini di Malaysia. Setakat ini, hanya terdapat satu garis panduan umum bagi mengawal selia penggunaan teknologi bantuan reproduktif dan DGP di Malaysia. Selain itu, Kementerian Kesihatan juga ada mengeluarkan Dasar Teknologi Bantuan Reproduktif Kebangsaan bagi tujuan yang sama. Penggunaan DGP untuk menyaring keabnormalan genetik atau penyakit genetik menimbulkan beberapa isu etika, agama dan undang-undang yang perlu dikenal pasti dan diteliti. Oleh itu, tesis ini bertujuan menganalisis secara kritikal isu-isu agama, etika dan undang-undang yang timbul dari penggunaan teknologi DGP bagi tujuan penyaringan penyakit-penyakit genetik di Malaysia. Antara isu-isu yang diperincikan dalam tesis ini adalah analisis pandangan agama Islam terhadap penggunaan DGP. Di samping itu juga, perbahasan mengenai isu ancaman diskriminasi dalam masyarakat yang timbul dari penggunaan teknologi DGP serta isu mengenai cabaran kewujudan bayi rekaan turut menjadi fokus perbincangan. Selain itu, tesis ini juga akan menganalisis isu batasan penyakit yang dibenarkan bagi penggunaan DGP. Perbahasan mengenai isu-isu tersebut dibuat berlandaskan teori etika perubatan yang diharmonikan dengan kaedah fikah dalam Islam. Hasil kajian ini seterusnya mencadangkan undang-undang yang bersesuaian bagi mengawal selia penggunaan teknologi DGP untuk menyaring penyakit genetik di Malaysia. Untuk mencapai objektif utama tesis ini, metod kualitatif dan pendekatan kaedah doktrinal dipilih. Selain itu, tesis ini turut mengadaptasi kaedah perbandingan dengan membandingkan undang-undang dan polisi dari beberapa negara lain sebagai panduan dan penanda aras serta seterusnya mencadangkan undang-undang yang sesuai diadaptasi di Malaysia bagi mengawal teknologi DGP ini.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Law / Fakulti Undang-undangen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectReproductive health -- Law and legislation -- Malaysiaen_US
dc.subjectHuman embryo -- Transplantation -- Malaysiaen_US
dc.subjectHuman reproductive technology -- Law and legislation -- Malaysiaen_US
dc.subjectHuman reproductive technology -- Religious aspects -- Islamen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePenyaringan penyakit-penyakit genetik menerusi teknologi diagnosis genetik praimplantasi di Malaysiaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notese-tesisen_US
dc.format.pages405en_US
dc.format.degreePh.D.en_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Law / Fakulti Undang-undang

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Penyaringan penyakit-penyakit genetik menerusi teknologi diagnosis genetik praimplantasi di Malaysia.pdf
  Restricted Access
Full-text3.23 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.