Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778456
Title: Kesan fraksi kaya tokotrienol terhadap tekanan oksidatif sel H9c2 yang diaruh dengan H₂O₂
Authors: Hanisah Mohd Mohadis (P81436)
Supervisor: Zakiah Jubri, Prof. Madya. Dr.
Keywords: Vitamin E -- physiology
Oxidative Stress
Antioxidants -- therapeutic use
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 29-Aug-2017
Abstract: Penyakit kardiovaskular adalah pembunuh nombor satu di kalangan masyarakat dunia. Penyakit kardiovaskular terdiri daripada penyakit-penyakit berkaitan jantung dan salur darah yang meliputi penyakit koronari jantung, periferi arteri, serebrovaskular, kongenital, rheumatik, dan embolisme pulmonari. Salah satu penyebab utama yang menyumbang kepada penyakit kardiovaskular adalah tekanan oksidatif. Tokotrienol telah dilaporkan menunjukkan aktiviti kardiopelindung. Kajian ini dijalankan bagi mengkaji kesan fraksi kaya tokotrienol (TRF) ke atas tekanan oksidatif sel H9c2 yang diaruh dengan hidrogen peroksida (H2O2). Sel H9c2 dibahagikan kepada kumpulan seperti berikut; kumpulan kawalan, kumpulan TRF (3 μg/ml selama 24 jam eraman), kumpulan H2O2 (250 μM selama 1 jam eraman), kumpulan prarawatan TRF (sel dirawat dengan TRF kemudian diaruh dengan H2O2) dan kumpulan pascarawatan TRF (sel diaruh dengan H2O2 kemudian dirawat dengan TRF). TRF pada julat kepekatan 0 30 μg/ml diberikan kepada sel H9c2 untuk menentukan dos yang efektif dalam kajian ini. H2O2 pada julat kepekatan 0-500 μM diberikan kepada sel H9c2 untuk menentukan IC50 H2O2. Dos efektif bagi TRF dan IC50 H2O2 ditentukan melalui viabiliti sel menggunakan asai MTS. Kerosakan membran sel ditentukan dengan asai laktat dehidrogenase (LDH) menggunakan mesin pembaca ELISA. Apoptosis sel ditentukan dengan kit apoptosis FITC Annexin V menggunakan flow sitometri. Penghasilan ROS ditentukan dengan pewarnaan DCF-DA menggunakan mesin pembaca fluoresen. Peratus viabiliti sel meningkat dengan signifikan (p<0.05) pada kepekatan TRF 5 μg/ml. Dos efektif dipilih pada kepekatan TRF 3 μg/ml iaitu kepekatan sebelum TRF memberi peningkatan signifikan kepada sel bagi memastikan ciri biokimia sel H9c2 dapat dikekalkan seperti sel kardiomiosit yang normal. Viabiliti sel berkurang secara signifikan pada kepekatan 200 μM (p<0.001) berbanding kumpulan kawalan. Oleh itu kepekatan H2O2 pada IC50 sebanyak 250 μM dipilih sebagai dos aruhan tekanan oksidatif. Aruhan menggunakan H2O2 pada kepekatan 250 μM tidak memberikan perbezaan signifikan kepada kerosakan membran dan apoptosis sel H9c2 berbanding kumpulan kawalan. Kerosakan membran sel dan apoptosis peringkat akhir bagi kumpulan pascarawatan TRF meningkat secara signifikan (p<0.001) berbanding kumpulan kawalan, kumpulan TRF dan kumpulan H2O2. Kerosakan membran sel dan apoptosis peringkat akhir bagi kumpulan prarawatan TRF pula tidak memberikan perbezaan yang signifikan berbanding kumpulan kawalan, kumpulan TRF dan kumpulan H2O2. Penghasilan ROS bagi semua kumpulan juga tidak signifikan berbanding kumpulan kawalan. Kesimpulannya, aruhan H2O2 sebanyak 250 μM tidak menyebabkan tekanan oksidatif kepada sel H9c2. Oleh itu, kesan pemberian TRF sebelum atau selepas aruhan ke atas tekanan oksidatif tidak dapat ditunjukkan.
Notes: e-tesis
Pages: 34
Call Number: QU20.H239k 2017 9HUKMPRA tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778456
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kesan Fraksi Kaya Tokotrienol terhadap tekanan oksidatif sel H9c2 yang diaruh dengan H₂O₂.pdf
  Restricted Access
Partial19.28 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.