Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778439
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorWan Zurinah Wan Ngah, Prof. Dato' Dr.en_US
dc.contributor.advisorYasmin Anum Mohd Yusof, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.authorMohammad Khusni Ahmat Amin (P63201)en_US
dc.date.accessioned2025-03-20T01:22:16Z-
dc.date.available2025-03-20T01:22:16Z-
dc.date.issued2016-03-07-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778439-
dc.description.abstractAberrant Crypt Foci (ACF) dipercayai menjadi penanda perubahan awal morfologi yang berlaku di mukosa kolon manusia dalam karsinogenesis kolon. ACF juga dapat dilihat setelah diaruh oleh Azoksimetana (AOM) pada tikus. Fraksi Kaya Tokotrienol (TRF) telah menunjukkan potensi sebagai anti kanser melalui sifat antioksidannya. Namun, mekanisma yang terlibat masih tidak dapat diketahui. Kajian ini bertujuan untuk menentukan kesan TRF ke atas pengekspresan gen kanser kolon teraruh AOM pada tikus. Sebanyak 72 ekor tikus jantan F344 dibahagikan empat kumpulan: suntikan subkutan air garam dan diberikan minyak zaitun (kawalan) dan TRF; suntikan subkutan AOM dan diberikan minyak zaitun dan TRF. Pada minggu ke 8 (Fasa 1) dan 24 (Fasa 2), kesemua tikus dibunuh dan kolon dikeluarkan. ACF dikesan dengan mewarnakan kolon dengan 0.2% metilena biru dan diperhatikan melalui mikroskop. Sampel RNA diekstrak daripada kolon ( proksimal, tengah, distal) dan dikuantiti menggunakan spektrofotometer Nano Drop dan Bioanalyzer. Penjujukan R NA dilakukan menggunakan HiSeq 2000 (Illumina, USA). Data penjujukan RNA dinormalkan dan dipetakan kepada rujukan genom Rattus norvegicus 5.0 menggunakan perisian Tophat Read Mapper dan seterusnya dianalisis menggunakan perisian Bioinfomatik. Pengesahsahihan dilakukan menggunakan tindak balas berantai polimerase kuantitatif masa nyata (qPCR). Kumpulan AOM menunjukkan peningkatan bilangan ACF pada fasa 1 dan 2. Rawatan TRF menunjukkan corak pengurangan bilangan ACF khususnya pada fasa 2. Bagi fasa 1, kumpulan AOM menunjukkan laluan Biosintesis O-glikan dengan nilai terbetul p yang signifikan pada semua bahagian kolon. Gen B3gnt6 (p=3.09E-11), Gcnt3 (p=7.72E-12) dan C1galt1 (p=1.01E-4) dipilih daripada analisis bahagian tengah kolon dengan pengekspresan secara menurun. Rawatan TRF terhadap tikus teraruh AOM menunjukkan laluan Cell Adhesion Molecules (p=1.21E-12), Keimunodefisienan Primer ( p=2.42E-12) dan laluan penerima sel T ( p=1.51E-09) meningkatkan pe ngekspresan gen Cd8a dan Cd8b dengan perubahan gandaan (FC)=4.9. Kumpulan AOM selama 24 minggu menunjukkan laluan kanser (p=1.97E 03) meningkatkan gen Fos (FC=1.9), Birc3 (FC=2.1) dan Lama3 (FC=2.4) dengan nilai terbetul p yang signifikan. Menariknya rawatan TRF telah menurunkan pengekspresan gen Reg3b (p=6.67E-07, FC=-8.8) dan Reg3g (p=1.32E-12, FC=-6.7) yang terlibat dalam proses tindak balas fasa akut dan tindak balas inflamatori akut. Pengesahsahihan secara kuantitatif mengesahkan corak pengekspresan 10 gen yang dipilih sama dengan analisis penjujukan RNA namun hanya gen B3gnt6, C1galt1, Fos dan Lama3 berbeza secara signifikan (p<0.05) melalui ujian Mann Whitney. Kesimpulannya, rawatan TRF selama 8 minggu dan 24 minggu dapat mengaruh sistem pertahanan imun serta berpotensi merencatkan gen berkaitan dengan pro-inflamatori.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationUKM Medical Molecular Biology Institute / Institut Perubatan Molekul (UMBI)en_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectColorectal Neoplasms -- prevention & controlen_US
dc.subjectVitamin E -- therapeutic useen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.titleKemopencegahan Fraksi Kaya Tokotrienol pada tikus teraruh kanser kolon oleh Azoksimetana serta modulasi pengekspresan gen menggunakan penjujukan RNAen_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notese-tesisen_US
dc.format.pages44en_US
dc.identifier.callnoQU20.M697k 2016 9HUKMPRA tesisen_US
dc.identifier.barcode00002190757en_US
dc.format.degreeIjazah Sarjana Sains Perubatan Molekulen_US
dc.description.categoryofthesesTerhad/Restricteden_US
Appears in Collections:UKM Medical Molecular Biology Institute / Institut Perubatan Molekul (UMBI)



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.