Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778411
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKamisah Yusof, Prof. Madya. Dren_US
dc.contributor.advisorZakiah Jubri, Prof. Madya. Dr.en_US
dc.contributor.authorGui Jiann Sheng (P84208)en_US
dc.date.accessioned2025-03-19T04:47:44Z-
dc.date.available2025-03-19T04:47:44Z-
dc.date.issued2018-08-06-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778411-
dc.description.abstractPenyakit kardiovaskular ialah punca utama kematian di seluruh dunia. Patogenesisnya melibatkan tekanan oksidatif dan inflamasi. Rawatan dengan antioksidan didapati mengurangkan keterukan penyakit ini. Parkia speciosa Hassk, dikenali sebagai petai papan dari famili Leguminosae, mempunyai kandungan tinggi antioksidan terutamanya polifenol dalam lenggai kosongnya. Kajian ini bertujuan untuk menentukan kesan ekstrak lenggai kosong Parkia speciosa ke atas tekanan oksidatif aruhan hidrogen peroksida (H2O2) dan inflamasi aruhan faktor tumor nekrosis alfa (TNF-α) dalam kardiomiosit H9c2. Kardiomiosit H9c2 didedahkan kepada H2O2 (500 µM) atau TNF-α (12 ng/mL) dengan atau tanpa kehadiran ekstrak etil asetat Parkia speciosa (500 µg/mL). Kuersetin (1000 µM) bertindak sebagai kawalan positif, sementara sel yang tidak diberi sebarang rawatan bertindak sebagai kawalan. Sel dipra-eram dengan ekstrak Parkia speciosa atau kuersetin selama sejam sebelum eraman dengan H2O2 selama sejam atau TNF-α selama 24 jam. Sel yang dirawat dengan H2O2 meningkatkan penghasilan spesies oksigen reaktif (ROS), aktiviti superoksida dismutase (SOD), ekspresi SOD1, aktiviti nikotinamida adenin dinukleotida fosfat terturun (NADPH) oksidase (NOX), ekspresi NADPH oksidase 4 (NOX4) dan p38 mitogen-teraktif protein kinase (p38 MAPK) dengan signifikan. Ekstrak Parkia speciosa dan kuersetin menurunkan penghasilan ROS, aktiviti SOD, ekspresi SOD1, aktiviti NOX, ekspresi NOX4 dan p38 MAPK dengan signifikan dalam sel yang dirawat dengan H2O2. Sel yang dirawat dengan TNF-α meningkatkan penghasilan ROS, aras nitrik oksida (NO), aktiviti dan ekspresi nitrik oksida sintase boleh aruh (iNOS), ekspresi faktor nukleus kappa sel beta teraktif (NF-κB) p65, p38 MAPK, siklooksigenase-2 (COX-2) dan molekul lekatan sel vaskular-1 (VCAM-1) secara signifikan. Ekstrak Parkia speciosa dan kuersetin juga menurunkan penghasilan ROS, aras NO, aktiviti dan ekspresi iNOS, ekspresi NF-κB p65, p38 MAPK, COX-2 dan VCAM-1 secara signifikan akibat aruhan TNF-α. Kesan ekstrak Parkia speciosa adalah serupa dengan kesan kuersetin. Kesimpulannya, ekstrak lenggai kosong Parkia speciosa ini menunjukkan kesan antioksidan dan anti-inflamasi dengan memodulasi tapak jalan NOX, p38 MAPK dan NF-κB.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectPlant Preparations -- therapeutic useen_US
dc.subjectAnti-Inflammatory Agents -- therapeutic useen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.titleKesan ekstrak lenggai kosong Parkia speciosa ke atas tekanan oksidatif dan inflamasi dalam kardiomiosit H9C2en_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notese-tesisen_US
dc.format.pages37en_US
dc.identifier.callnoQV20.5.G943k 2018 9HUKMPRA tesisen_US
dc.identifier.barcode00002202813en_US
dc.format.degreeIjazah Sarjana Sains Perubatan (Farmakologi)en_US
dc.description.categoryofthesesTerhad/Restricteden_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kesan ekstrak lenggai kosong Parkia speciosa ke atas tekanan oksidatif dan inflamasi dalam kardiomiosit H9C2.pdf
  Restricted Access
Partial422.46 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.