Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778409
Title: Trend dan permodelan risiko pencemar udara utama terhadap kemasukan kes kardiovaskular dan respiratori di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM)
Authors: Norfazillah Ab. Manan, Dr. (P83358)
Supervisor: Rozita Hod, Prof. Madya. Dr.
Mazrura Sahani, Dr.
Rosnah Ismail, Dr.
Wan Rozita, Dr.
Keywords: Air Pollutants -- toxicity
Air Pollutants -- adverse effects
Cardiovascular Diseases -- chemically induced
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 31-May-2019
Abstract: Pencemaran udara sering dikaitkan dengan pelbagai spektrum masalah kesihatan. Kemasukan wad bagi penyakit kardiovaskular dan respiratori yang berkaitan dengan pencemaran udara merupakan antara kesan yang terhasil daripada pencemaran udara yang semakin buruk. Namun kurangnya kajian berkenaan isu ini serta kesannya kepada kesihatan manusia berdasarkan data setempat mewajarkan kajian ini dijalankan. Kajian ini dijalankan bagi menentukan trend bahan pencemar udara utama iaitu Partikel Terampai kurang daripada 10 mikrometer (PM10), Karbon monoksida (CO), Nitrogen dioksida (NO2), Sulfur dioksida (SO2), Ozon (O3) di kawasan Cheras serta pengaruh meteorologi seperti suhu dan kelembapan relatif ke atas risiko kemasukan wad bagi kes kardiovaskular dan respiratori di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM). Kajian berbentuk kajian siri masa ini menggunakan data dari tahun 2010 hingga 2015. Kajian ini menggunakan data bahan pencemar udara utama dari stesen Continous Air Quality Monitoring (CAQM) Cheras dari Jabatan Alam Sekitar (JAS); data suhu dan kelembapan relatif dari Jabatan Meteorologi Malaysia; serta data kemasukan wad bagi kes kardiovaskular dan respiratori dari sistem rekod Case-mix Jabatan Maklumat Kesihatan HCTM. Trend kemasukan kes dan pencemar udara dianalisis secara deskriptif menggunakan IBM SPSS versi 23. Anggaran risiko menggunakan General Adaptive Model (GAM) dengan taburan Poisson bagi model pencemar tunggal dan model pencemar gabungan untuk kes kardiovaskular dan respiratori dari lag 0 hingga 7 diperolehi dengan menggunakan perisian R. Hasil kajian mendapati hanya PM10 mempunyai bacaan melebihi nilai piawai Malaysia Ambient Air Quality Standard 2015 (MAAQS IT-2015). Trend hari dalam minggu turut mendapati NO2, SO2 dan CO mempunyai bacaan yang lebih tinggi pada hari bekerja sementara O3 mempunyai bacaan yang tinggi pada hujung minggu. Bagi analisis model bahan pencemar tunggal, untuk model kardiovaskular, PM10 meningkatkan risiko kemasukan wad dengan Risiko Relatif (RR) 1.0110 (95%CI 1.0018-1.0202) pada lag 5 dan risiko sebanyak RR 1.0126 (95%CI 1.0036-1.0217) pada lag 7; sementara CO meningkatkan risiko kemasukan wad antara RR 1.0007 dan RR 1.0010 pada lag 0, 1, 4, 5, 6 dan 7. Bagi model respiratori, didapati hanya CO meningkatkan risiko kemasukan wad dengan RR 1.0008 (95%CI 1.0000-1.0016) pada lag 2. Pada analisis model gabungan bahan pencemar, didapati PM10 pada lag 7 mempunyai kesan signifikan bersama CO lag 0, 1, 4 dan 6 bagi model kardiovaskular dengan risiko antara RR 1.0098 dan RR 1.0108. Kesimpulannya, trend yang terhasil bagi bahan pencemar udara ini bergantung kepada sumber bahan pencemar bekenaan manakala terdapat peningkatan risiko kemasukan wad untuk kardiovaskular dan respiratori apabila berlakunya peningkatan kepekatan bahan pecemar PM10 dan CO. Hasil kajian ini menyokong penyataan bahawa pencemaran udara menyumbang kepada beban penyakit ini.
Notes: e-tesis
Pages: 52
Call Number: WA20.5.N822t 2019 9HUKMPRA tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778409
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.