Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778408
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNorzana Abd. Ghafar, Prof. Madya. Dr.en_US
dc.contributor.advisorChua Kien Hui, Prof. Madya. Dr.en_US
dc.contributor.advisorTaty Anna Kamarudinen_US
dc.contributor.advisorYasmin Anum Mohd Yusof, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.authorAlia Md. Yusof, Dr. (P56752)en_US
dc.date.accessioned2025-03-19T04:09:18Z-
dc.date.available2025-03-19T04:09:18Z-
dc.date.issued2016-02-02-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778408-
dc.description.abstractPenggunaan madu sebagai agen penyembuhan luka pada kulit telah banyak dilaporkan. Namun, tiada kajian yang menyeluruh dilakukan ke atas penggunaannya untuk rawatan luka pada kornea. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan madu Gelam (GH) ke atas proses penyembuhan luka keratosit kornea secara in vitro. Keratosit kornea arnab putih New Zealand diasing dan dikultur sehingga pasaj 1. Sel dikultur di dalam medium basal (BM) dan medium diperkaya serum (BMS) yang mengandungi GH dalam kepekatan bersiri. Kepekatan GH yang optima dikenalpasti melalui proliferasi sel pada asai MTT. Morfologi sel dilihat melalui mikroskop fasa pembezaan. Fenotip keratosit dianalisa melalui ekspresi gen dengan kaedah qRT-PCR dan pengesanan protein dilakukan melalui pewarnaan imunositokimia. Kesan penyembuhan luka keratosit dilihat dengan membuat luka pada sel monolapisan yang telah konfluen dan dinilai melalui ujian migrasi sel. Ekspresi gen dan protein berkaitan penyembuhan luka seperti aldehid dehidrogenase (ALDH), vimentin, α smooth muscle actin (α–SMA), lumikan, kolagen jenis I dan matriks metaloproteinase 12 (MMP 12) diukur pada hari pertama, ketiga dan hari sel mencapai konfluen (hari kelima). Keputusan kajian menunjukkan proliferasi yang tinggi didapati pada sel yang dikultur dalam medium BMS dengan penambahan GH pada kepekatan optimum 0.0015%. Morfologi sel yang dikultur dengan medium ditambah GH juga adalah bersepadanan seperti kumpulan kawalan. Sel yang dikultur di dalam BMS bersama 0.0015% GH menunjukkan penutupan luka yang paling cepat iaitu pada hari kelima kajian. Ekspresi gen ALDH dan vimentin adalah lebih tinggi manakala ekspresi gen α–SMA pula adalah lebih rendah berbanding kumpulan kawalan. Ekspresi gen lumikan, kolagen jenis I dan MMP 12 adalah tinggi pada sel yang dikultur dengan medium ditambah GH berbanding kawalan. Pewarnaan imunositokimia juga menunjukkan ekspresi protein yang bersepadanan dengan ekspresi gen. Kesimpulannya, GH pada kepekatan 0.0015%, mampu merangsang penyembuhan luka keratosit kornea secara in vitro melalui kajian proliferasi, migrasi, ekspresi gen dan protein keratosit. Keputusan kajian diharapkan menjadi pencetus dalam menggalakkan penggunaan GH sebagai satu rawatan alternatif dalam penyembuhan luka kornea pada masa akan datang.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectCorneal Injuriesen_US
dc.subjectWound Healingen_US
dc.subjectHoneyen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKesan madu gelam ke atas penyembuhan luka keratosit kornea secara in vitroen_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notese-tesisen_US
dc.format.pages42en_US
dc.identifier.callnoQS20.5.A398k 2016 9HUKMPRA tesisen_US
dc.identifier.barcode00002190756en_US
dc.format.degreeIjazah Sarjana Sains Perubatan (Anatomi)en_US
dc.description.categoryofthesesTerhad/Restricteden_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kesan madu gelam ke atas penyembuhan luka keratosit kornea secara in vitro.pdf
  Restricted Access
Partial666.55 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.