Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778407
Title: | Epidemiologi molekul Staphylococcus aureus Rintang Metisilin (MRSA) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia |
Authors: | Ainihayati Noordin, Dr. |
Supervisor: | Salasawati Hussin, Prof. Madya. Dr. Neoh Hui Min, Dr. |
Keywords: | Methicillin-Resistant Staphylococcus aureus -- pathogenicity Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 10-Apr-2015 |
Abstract: | Staphylococcus aureus rintang metisilin (MRSA) sering dikaitkan sebagai patogen utama infeksi nosokomial. Pengetahuan epidemiologi molekul MRSA yang terdapat di hospital amat membantu dalam pengurusan aktiviti kawalan infeksi. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji epidemiologi molekular MRSA di PPUKM. Daripada kajian ini, sebanyak 319 strain MRSA dari 319 pesakit berlainan telah dipencil dari pelbagai wad Pusat Perubatan UKM sepanjang tahun 2009. Satu daripada strain MRSA dikecualikan daripada pentaipan molekul. Dari segi demografi, 210 orang dari 318 (66%) pesakit adalah lelaki, berbangsa Melayu (147 orang, 46.2%) dan merupakan warga tua berusia melebihi 51 tahun (207 orang, 65.1%). Kebanyakan MRSA dipencil dari swab nanah dan luka (181 sampel, 56.9%) serta dipencil dari wad perubatan (75 sampel, 23.6%). Kesemua MRSA telah diuji dengan ujian kerentanan antimikrobial dan pentaipan molekular. Ujian kerentanan antimikrobial menunjukkan hampir kesemua isolat rintang kepada ciprofloxacin (92.8%), erythromycin (93.7%), gentamicin (83.0%), oxacillin/cefoxitin (100%) dan penicillin (100%). Tiada strain MRSA rintang terhadap vancomycin. Untuk pentaipan molekular, strain MRSA dikelaskan menggunakan teknik pentaipan SCCmec, gen virulen (cna, seh, PVL and TSST-1) dan elektroforesis gel medan denyut (PFGE). Hasil analisa mendapati kebanyakan (72.0%) strain adalah SCCmec kelas III-SCCmercury dengan kehadiran ccrC; SCCmec kelas I dan VI tidak dijumpai, manakala beberapa strain (14.2%) berkemungkinan membawa SCCmec kelas baru. Sebanyak 9.7% strain MRSA tidak dapat dikelaskan. Hasil pentaipan gen virulen menunjukkan cna merupakan gen yang paling biasa ditemui, di mana 70.1%, 20.5%, dan 3.2% daripada MRSA yang diuji mengandungi gen cna sahaja, kombinasi gen cna dan seh, serta kombinasi gen cna dan PVL. Dalam kajian selektif, analisa pengecapjarian DNA dengan PFGE ke atas 255 DNA MRSA telah dijalankan, di mana 27 pulsotaip (A sehingga AA) dan 14 unsur tunggal telah dikenalpasti. Pulsotaip F (97 isolat, 38.0%) merupakan pulsotaip yang dominan di hospital ini. Analisa hubungkait antara pentaipan SCCmec dengan jenis MRSA, corak kerentanan antibiotik, gen virulen dan corak pengecapjarian DNA bagi isolat MRSA juga telah dijalankan. Di samping itu, kebanyakan isolat kelas SCCmec II, III, V rintang kepada antibiotik Ciprofloxacin, Erythromycin dan Gentamicin (p=0.00). Dari segi kandungan gen virulen, kebanyakan isolat dari kelas SCCmec III mempunyai gen cna berbanding isolat kelas SCCmec IV yang kebanyakanya mempunyai gen PVL (p=0.00). Pulsotaip PFGE didapati mempunyai perkaitan dengan corak kerentanan antibiotik di mana pulsotaip F, N, O, T dikait dengan kerintangan Ciprofloxacin (p = 0.03). Pulsotaip PFGE juga berkait dengan wad pemencilan MRSA, di mana pulsotaip F sering dipencil di wad Perubatan, Pembedahan dan Rawatan Rapi, manakala pulsotaip Q dan T pula didapati dominan di wad Pembedahan (p = 0.00). Kesimpulannya, terdapat genotip MRSA yang dominan di hospital ini dan terdapat hubungkait antara teknik pentaipan molekular dengan kerentanan antimikrobial serta wad pencilan. Pengetahuan ini diharap dapat diperkembangkan untuk pengawasan kerentanan MRSA terhadap antibiotik serta pengawalan sebaran MRSA dalam wad. |
Notes: | e-tesis |
Pages: | 30 |
Call Number: | QW20.5.A295e 2017 9HUKMPRA tesis |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778407 |
Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Epidemiologi molekul Staphylococcus aureus Rintang Metisilin (MRSA) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.pdf Restricted Access | Partial | 665.21 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.