Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778336
Title: | Potensi kombinasi ekstrak akues sambung nyawa (Gynura procumbens) dan madu kelulut sebagai agen anti-hiperglismeia, peningkat kesuburan dan libido tikus jantan aruhan diabetes |
Authors: | Khaidatul Akmar Kamaruzaman (P93032) |
Supervisor: | Mahanem Mat Noor, Prof. Madya Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin, Dr. |
Keywords: | Fertility Hyperglycemia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 5-Aug-2022 |
Abstract: | Diabetes melitus merupakan penyakit metabolisme yang sering dikaitkan dengan ketidaksuburan, khususnya dalam sistem reproduktif jantan. Gynura procumbens (GP) dan madu kelulut (MK) merupakan bahan semulajadi yang masing-masing mempunyai potensi dalam menangani masalah hiperglisemia serta kesuburan. Justeru itu, objektif kajian ini ialah untuk mengkaji kesan kombinasi ekstrak akues GP (GPAE) dan MK terhadap hiperglisemia, kesuburan dan libido tikus jantan diabetes. Sebanyak 42 ekor tikus jantan Sprague Dawley berusia lapan minggu dibahagikan kepada enam kumpulan iaitu kawalan normal (tanpa aruhan diabetes dan perlakuan), negatif (aruhan diabetes tanpa perlakuan) dan positif (aruhan diabetes dengan perlakuan 500 mg/kg metformin), dan tiga kumpulan perlakuan; GPAE 150 mg/kg, MK 300 mg/kg dan GPAE+MK (150 mg/kg+300 mg/kg). Kesemua tikus kajian kecuali kawalan normal diaruh diabetes dengan streptozotocin (50 mg/kg) sebelum kajian dijalankan. Perlakuan diberikan secara suap paksa selama 14 hari berturut-turut. Tikus kajian dikorbankan pada hari ke 15 bagi tujuan analisis parameter kajian. Perlakuan kombinasi GPAE dan MK menunjukkan penurunan aras glukosa darah yang signifikan berbanding kawalan negatif dan positif. Peningkatan yang signifikan dalam kualiti sperma serta kesan penambahbaikan dalam spermatogenesis turut dilihat pada kumpulan perlakuan berbanding kawalan negatif dan positif. Analisis aras kreatinin, aspartate aminotransferase dan alanin aminotransferase menunjukkan penurunan yang signifikan, dengan penambahbaikan dalam histologi hati dan ginjal pada kumpulan perlakuan berbanding kawalan negatif dan positif. Kombinasi GPAE dan MK menunjukkan peningkatan hormon androgen yang signifikan serta peningkatan aktiviti libido berbanding kawalan negatif dan positif. Kajian protein sperma menunjukkan peningkatan pengekspresan protein yang terlibat dalam motiliti sperma, proses kapasitasi serta interaksi sperma-oosit dilihat pada kumpulan perlakuan, dan ini berkorelasi dengan peningkatan bilangan tapak implantasi berbanding kawalan negatif dan positif. Ujian keupayaan pengambilan glukosa oleh sel dan tisu testis berdasarkan pengesanan keamatan cahaya pendaflor 2-[N-(7-Nirobenz-2-oxa-1,3-diazol-4- yl)amino]-2-deoxy-D-glukosa (2NBDG) menunjukkan keamatan cahaya 2NBDG yang tinggi di dalam testis kumpulan perlakuan dilihat sepertimana kawalan normal berbanding kawalan negatif dan positif. Hasil dapatan ini diperkukuhkan melalui analisis Western blot pada tisu testis dengan pengekspresan protein pengangkut glukosa, GLUT1 dan GLUT3 dalam kumpulan perlakuan dan normal berbanding kawalan negatif dan positif menandakan pengambilan glukosa di dalam testis diperantarakan dengan kedua-dua protein pengangkut ini. Pengenalpastian metabolit dalam GPAE dan MK secara tunggal dan kombinasi menunjukkan kehadiran tiga metabolit yang sama; quercetin, rutin dan kaempferol yang mempunyai kesan antihiperglisemia serta meningkatkan kesuburan. Analisis anti-hiperglisemia secara in-vitro menunjukkan ketiga-tiga metabolit ini membantu menurunkan komplikasi diabetes dengan menurunkan peratusan hasil akhir glikasi. Kesimpulannya, hasil kajian ini membuktikan bahawa kombinasi GPAE dan MK mempunyai kesan antihiperglisemia serta mampu bertindak secara sinergi dalam menangani hiperglisemia serta masalah kesuburan tikus jantan diabetes. |
Pages: | 238 |
Call Number: | QP251.K483 2020 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778336 |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Potensi kombinasi ekstrak akues sambung nyawa (Gynura procumbens) dan madu kelulut sebagai agen anti-hiperglisemia, peningkat kesuburan dan libido tikus jantan aruhan diabetes.pdf Restricted Access | Full-text | 3.35 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.