Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778333
Title: Kajian sistematik ke atas famili Athyriaceae di Semenanjung Malaysia
Authors: Nur Aliah Mohamad Khaduwi (P90283)
Supervisor: Haja Maideen Kader Maideen, Prof. Madya Dr.
Nik Norhazrina Nik Mohd Kamil, Dr.
Keywords: Plants -- Classification
Ferns
Athyriaceae
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 16-Jan-2020
Abstract: Athyriaceae merupakan famili paku pakis yang telah dihuraikan oleh A.H.G. Alston pada tahun 1956, berdasarkan genus Athyrium. Pengelasan bagi famili ini sering berubah dan tidak stabil sebelum adanya data daripada kajian molekul. Pengelasan terkini telah mengelaskan spesies Athyriaceae kepada tiga genus utama iaitu Athyrium, Deparia dan Diplazium yang mempunyai taburan kosmopolitan dengan anggaran 650 takson. Walaubagaimanapun, pengelasan ini masih menjadi persoalan kerana masih belum terdapat data jujukan molekul yang lengkap dan menyeluruh bagi spesies dalam famili ini. Di Semenanjung Malaysia, sejumlah 38 takson daripada famili ini telah direkodkan. Kajian ini dijalankan untuk melihat hubungan filogeni antara spesies dalam famili Athyriaceae di Semenanjung Malaysia berdasarkan tiga pendekatan iaitu ciri morfologi, anatomi dan data molekul. Dalam pendekatan morfologi, ciri seperti rizom, sisik, fron, kedudukan sorus serta kehadiran indusium telah digunakan. Bagi kajian anatomi pula, bentuk stil pada stip serta jenis peruratan daun bagi setiap Athyriaceae telah dikaji. Data bagi pendekatan molekul menggunakan jujukan daripada kawasan genom kloroplas (rbcL, atpB, atpA dan trnL-F) dan nukleus ITS (ITS2). Keseluruhannya, topologi berdasarkan jujukan molekul membuktikan bahawa Athyriaceae merupakan kumpulan monofiletik dengan sokongan nilai bustrap yang tinggi iaitu 100%. Pohon yang terbentuk secara umumnya membentuk dua klad utama iaitu klad I yang terdiri daripada kesemua spesies Diplazium manakala klad II terdiri daripada kumpulan Athyrium-Cornopteris yang membentuk kumpulan bersama dengan Deparia. Kajian ini telah berjaya mengenalpasti ciri signifikan morfologi dan anatomi yang boleh membezakan di peringkat genus dan spesies bagi famili ini serta sokongan data molekul juga telah membuktikan bahawa ketiga-tiga genus Athyrium, Deparia dan Diplazium adalah terpisah antara satu sama lain. Hasil dapatan daripada kajian molekul membuktikan bahawa Cornopteris mempunyai hubungan yang lebih rapat dengan Athyrium dan membentuk satu klad dengan nilai sokongan butstrap yang tinggi iaitu 100%. Di samping itu, topologi yang dihasilkan hanya berdasarkan ciri morfologi dan anatomi sahaja terbukti tidak membantu dalam menyelesaikan masalah pengelasan genus Athyriaceae. Oleh hal yang demikian, pengelasan yang lebih stabil dan menyeluruh juga harus disokong dengan gabungan data molekul bagi menghasilkan pengelasan Athyriaceae yang lebih terperinci.
Pages: 211
Call Number: QK95.N837 2020 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778333
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kajian sistematik ke atas famili Athyriaceae di Semenanjung Malaysia.pdf
  Restricted Access
Full-text10.68 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.