Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778317
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohammad Agus Yusoff, Prof. Dato’ Dr. | en_US |
dc.contributor.author | Mohd Izzuddin Nazaruddin (P90014) | en_US |
dc.date.accessioned | 2025-03-10T02:34:37Z | - |
dc.date.available | 2025-03-10T02:34:37Z | - |
dc.date.issued | 2023-03-24 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778317 | - |
dc.description.abstract | Malaysia berada di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) selama lebih enam dekad. Sepanjang tempoh tersebut, institusi negara sering dikritik akibat wujudnya kelemahan seperti berlakunya campur tangan dan kawalan eksekutif, pemisahan kuasa antara institusi yang tidak jelas, dan tahap keberkecualian institusi yang rendah. Selepas Pakatan Harapan (PH) berjaya mendapat mandat dalam PRU-14, reformasi institusi merupakan antara agenda utama pemerintahan kerajaan untuk memulihkan semula institusi negara. Tesis ini mengkaji reformasi institusi ketika era pemerintahan PH dari tahun 2018 hingga 2020. Objektif utamanya adalah untuk meneliti reformasi institusi parlimen, kehakiman dan pilihan raya yang telah dilakukan oleh kerajaan PH, serta menilai impak reformasi institusi tersebut terhadap pendemokrasian Malaysia. Tesis ini menggunakan konsep reformasi institusi dan pendemokrasian sebagai alat analisis. Sumber primer kajian ini adalah temu bual elit dengan 15 orang informan autoratitatif dan sumber sekunder pula diperoleh melalui buku, tesis, jurnal, laporan rasmi kerajaan, dan portal berita. Hasil kajian mendapati kerajaan PH yang memerintah selama 22 bulan telah melaksanakan sebahagian reformasi institusi yang dijanjikan di dalam manifesto mereka. Dalam aspek institusi parlimen, mereka berjaya melaksanakan pembaharuan dalam Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), mewujudkan lebih banyak jawatankuasa pilihan khas parlimen, menstrukturkan semula dana pembangunan kawasan pilihan raya untuk ahli parlimen, dan melantik speaker bukan partisan. Dalam aspek institusi kehakiman pula, pembaharuan yang dilakukan adalah pelantikan hakim mahkamah melalui jawatankuasa pilihan khas parlimen, pelantikan ketua hakim negara berdasarkan merit, pengenalan e-pengundian dalam menentukan korum hakim, dan memperkenalkan kod etika baharu hakim. PH juga telah melaksanakan reformasi institusi pilihan raya seperti meletakkan SPR di bawah parlimen, membersihkan daftar pemilih, menambahbaik ketelusan pilihan raya, dan meminda perlembagaan persekutuan bagi membolehkan Undi 18 serta pendaftaran pemilih secara automatik dilaksanakan. Reformasi institusi yang dijalankan ini telah menghasilkan lima impak terhadap pendemokrasian negara, iaitu pemerkasaan parlimen sebagai institusi semak dan imbang, kebebasan badan kehakiman, sistem pilihan raya yang bebas dan adil, peranan parti oposisi yang lebih besar, dan penglibatan aktif masyarakat sivil. Di sebalik impak positif tersebut, kejayaan reformasi institusi masih terbantut kerana cabaran yang dihadapinya seperti tempoh pemerintahan yang singkat, keazaman politik kerajaan yang lemah, halangan perlembagaan, dan tiadanya majoriti dua pertiga di parlimen. Di akhir analisisnya, tesis ini menyumbang perspektif baharu mengenai reformasi institusi di Malaysia serta hubungannya dengan pendemokrasian negara. Implikasi kajian menunjukkan reformasi institusi adalah merupakan faktor penting dalam menyumbang kepada proses pendemokrasian yang lebih baik di dalam negara. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Political science | en_US |
dc.subject | Democratization | en_US |
dc.subject | Political parties | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Reformasi institusi era pemerintahan pakatan harapan dan impaknya terhadap pendemokrasian Malaysia | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 289 | en_US |
dc.identifier.callno | JA71.M634 2023 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 007483 | en_US |
dc.format.degree | Ph.D | en_US |
dc.description.categoryoftheses | Access Terbuka/Open Access | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Reformasi institusi era pemerintahan pakatan harapan dan impaknya terhadap pendemokrasian Malaysia.pdf Restricted Access | Full-text | 4.95 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.