Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778253
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNor Azian Abdul Murad, Dr.en_US
dc.contributor.advisorZarina Abdul Latiff, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.advisorA Rahman A Jamal, Prof. Datuk Dr.en_US
dc.contributor.authorSiti Aisyah Abdul Razak (P83381)en_US
dc.date.accessioned2025-03-06T04:18:37Z-
dc.date.available2025-03-06T04:18:37Z-
dc.date.issued2018-07-17-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778253-
dc.description.abstractTahap keterukan penyakit β-talasemia ditentukan oleh 3 jenis pembolehubah genetik. Ini termasuk mutasi pada β-globin, pewarisan bersama α-talasemia dan polimorfisma pada gen yang terlibat bagi menghasilkan hemoglobin F (HbF). Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti polimorfisma HbF dan menentukan hubungkait dengan tahap keterukan penyakit serta menentukan kesan mutasi β-globin, pewarisan bersama α-talasemia dan polimorfisma HbF terhadap tahap keterukan pesakit β-talasemia. Sejumlah 149 pesakit β-talasemia dengan fenotip klinikal yang teruk (n=63), sederhana (n=80) dan ringan (n=6) terlibat di dalam kajian ini. Identifikasi mutasi β-globin dilakukan menggunakan teknik penjujukan Sanger dan Multiplex Ligation Dependent Probe Amplification (MLPA). Pewarisan bersama delesi α-globin dikenalpasti dengan menggunakan teknik berantai polimerase (PCR) multipleks. Penentuan genotip bagi 34 jenis polimorfisma HbF dilakukan dengan menggunakan Sistem MassARRAY®, manakala penentuan genotip bagi HBG2:g.-158C>T dilakukan dengan menggunakan teknik berantai polimerase - polimorfisma kepanjangan serpihan pembatasan (PCR-RFLP). Analisis hubungkait bagi gen pembolehubah dan tahap keterukan penyakit dilakukan dengan menggunakan perisian SPSS versi 22. Sejumlah 21 jenis mutasi β-globin telah dikenalpasti, tetapi mutasi pada 2 orang pesakit tidak dapat dikenalpasti. Pesakit diklasifikasikan kepada 7 jenis genotip β-globin berdasarkan mutasi pada β-globin, termasuk: βEβ 0 (n=92), βEβ + (n=4), βEβ E (n=1), βEβ Lepore (n=1), β0β 0 (n=33), β0β + (n=24) dan β+β + (n=3). Identifikasi delesi α globin dalam kajian ini melibatkan delesi αα/α-3.7 (n=11), αα/α-4.2 (n=1) dan αα/-- SEA (n=1). Kehadiran bersama α-talasemia tidak mengurangkan tahap keterukan pesakit secara signifikan. Akan tetapi, kehadiran polimorfisma HbF (rs4895441 [p = 0.008, nisbah odd (OR) = 0.38 (0.18, 0.78)], rs9376092 [p = 0.030, nisbah odd (OR) = 0.36 (0.14, 0.90)] dalam HBS1L-MYB dan rs6578605 [p = 0.018, nisbah odd (OR) = 0.52 (0.31, 0.89)] dalam reseptor olfaktori) menunjukkan hubungkait signifikan dengan tahap keterukan penyakit. Analisis sekunder melibatkan hubungkait SNP terhadap aras HbF menunjukkan 3 jenis SNP yang mempengaruhi aras HbF secara nominal signifikan, iaitu: rs6934903 [p = 0.036, nisbah odd (OR) = 6.93 (0.46, 13.41)], rs9376095 [p = 0.041, nisbah odd (OR) = -6.21 (-12.16, -0.25)] dan rs9494149 [p = 0.032, nisbah odd (OR) = -6.59 (-12.16, -0.57)] dalam HBS1L-MYB. Kesimpulannya, pengenalpastian mutasi β-globin adalah penting untuk diagnosis penyakit β-talasemia. Identifikasi polimorfisma HbF menentukan peramalan tahap keterukan penyakit yang lebih tepat. Ini dapat membantu pakar klinikal bagi menambahbaik pengurusan pesakit β-talasemia pada masa akan datang.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationUKM Medical Molecular Biology Institute / Institut Perubatan Molekul (UMBI)en_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectbeta-Thalassemiaen_US
dc.subjectThalassemia -- geneticsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.titlePembolehubah genetik HBF dan keterukan penyakit di kalangan pesakit Beta-Talasemiaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notese-tesisen_US
dc.format.pages171en_US
dc.identifier.callnoQU20.S622p 2018 9HUKMPRA tesisen_US
dc.identifier.barcode00002202747en_US
dc.format.degreeIjazah Sarjana Sainsen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:UKM Medical Molecular Biology Institute / Institut Perubatan Molekul (UMBI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pembolehubah genetik HBF dan keterukan penyakit di kalangan pesakit Beta-Talasemia.pdf
  Restricted Access
Full-text3.23 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.