Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778188
Title: | Hubungan aktiviti fizikal dengan kesihatan mental kanak-kanak selepas pembukaan sesi persekolahan akibat perintah kawalan pergerakan |
Authors: | Samarni Redde (P109537) |
Supervisor: | Norlena Salamuddin, Prof. Madya Dr. Denise Koh Choon Lian, Dr. |
Keywords: | Mental health Children Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 14-Apr-2024 |
Abstract: | Pandemik Covid-19 yang melanda negara mengakibatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penutupan sekolah dilaksanakan. Kajian lepas menunjukkan aktiviti fizikal dan kesihatan mental menurun semasa PKP. Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap dan perbezaan aktiviti fizikal dan kesihatan mental berdasarkan jantina dan umur serta meneroka perkaitan antara kedua-duanya semasa pembukaan semula sesi persekolahan selepas tempoh PKP. Seramai 50 murid lelaki dan 50 murid perempuan di daerah Kota Kinabalu Sabah terlibat dalam kajian. Kajian adalah berbentuk tinjauan iaitu aktiviti fizikal diukur menggunakan instrumen Physical Activity Questionnaire for Older Children (PAQ-C) manakala kesihatan mental pula diukur menggunakan instrumen Depression Anxiety Stress Scale 21 (DASS-21). DASS-21 mengukur kesihatan mental melalui tiga aspek, iaitu kemurungan, keresahan dan tekanan. Data kemudian telah dianalisis menggunakan SPSS 27.0. Dapatan menunjukkan aktiviti fizikal kanak-kanak adalah pada tahap sederhana (M=2.65, sp=0.66) manakala kesihatan mental berkaitan aspek tekanan adalah pada tahap rendah (M=1.80, sp=0.44), aspek keresahan adalah pada tahap rendah (M=1.70, sp=0.50) dan aspek kemurungan adalah pada tahap rendah (M=1.62, sp=0.51). Secara keseluruhan, tahap kesihatan mental adalah pada tahap rendah (M=1.71, sp=0.44). Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan lelaki (M=2.76, sp=0.65), perempuan (M=2.54, sp=0.66) tahap aktiviti fizikal antara jantina dan tidak terdapat perbezaan min yang signifikan lelaki (M=1.65, sp=0.39), perempuan (M=1.76, sp=0.48) tahap kesihatan mental antara jantina. Perkaitan aktiviti fizikal dan kesihatan mental kanak-kanak adalah tidak signifikan (r=0.09, k>0.05). Kajian menunjukkan, aktiviti fizikal semasa pembukaan sesi persekolahan dalam tempoh norma baharu adalah pada tahap sederhana, manakala kesihatan mental kanak-kanak berkaitan kemurungan, keresahan, dan tekanan adalah pada tahap rendah. Kesimpulannya, kajian ini bermanfaat kepada Kementerian Pendidikan Malaysia agar satu perancangan teliti berkenaan pembukaan sekolah semasa pandemik bagi menyokong aktiviti fizikal dan kesihatan mental kanak-kanak. |
Pages: | 121 |
Call Number: | RA790.S236 2024 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778188 |
Appears in Collections: | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Hubungan aktiviti fizikal dengan kesihatan mental kanak-kanak selepas pembukaan sesi persekolahan akibat perintah kawalan pergerakan.pdf Restricted Access | Full-text | 1.7 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.