Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778186
Title: Pengurusan sumber manusia dan komitmen organisasi guru novis di Malaysia
Authors: Mohammad Mussa Maula Boharim (P113331)
Supervisor: Jamalul Lail Abdul Wahab
Keywords: Personnel management
School management and organization
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 23-Apr-2024
Abstract: Kajian ini bertujuan untuk mengkaji amalan pengurusan sumber manusia dan komitmen organisasi dalam kalangan guru novis. Dari segi demografi, kajian ini turut mengenal pasti perbezaan amalan pengurusan sumber manusia dan komitmen organisasi berdasarkan jantina dan lokasi. Selain itu, kajian ini turut melihat sumbangan amalan pengurusan sumber manusia terhadap komitmen organisasi dalam kalangan guru novis. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Sampel kajian ini adalah seramai 400 orang guru novis di Malaysia yang dipilih dengan kaedah rawak berstrata. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik yang diadaptasi dan diubah suai daripada kajian Azharuddin et al., (2016) dan Teori Komitmen oleh Allen dan Meyer (1997). Sebelum kajian sebenar dijalankan, penyelidik terlebih dahulu mengesahkan soal selidik dengan merujuk kepada tiga orang pakar dan menjalankan kajian rintis. Kajian rintis menunjukkan keseluruhan item berada pada tahap kebolehpercayaan yang tinggi dengan nilai di atas 0.6. Data yang telah dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan analisis statistik deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif menunjukkan secara keseluruhannya amalan pengurusan sumber manusia bagi aspek latihan, penilaian prestasi serta faedah dan ganjaran berada pada tahap yang tinggi. Dapatan kajian turut menunjukkan komitmen guru bagi aspek afektif dan normatif berada pada tahap yang tinggi. Walau bagaimanapun, komitmen guru bagi aspek berterusan berada pada tahap yang sederhana. Analisis inferensi menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan amalan pengurusan sumber manusia bagi keseluruhan aspek berdasarkan jantina. Namun demikian, terdapat perbezaan yang signifikan amalan pengurusan sumber manusia bagi aspek penilaian prestasi berdasarkan lokasi. Analisis inferensi turut menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan komitmen guru bagi aspek afektif berdasarkan jantina. Namun demikian, tidak terdapat perbezaan yang signifikan komitmen guru bagi keseluruhan aspek berdasarkan lokasi. Analisis regrasi berganda menunjukkan amalan pengurusan sumber manusia bagi aspek latihan, penilaian prestasi serta faedah dan ganjaran mempengaruhi komitmen guru. Kajian ini memberikan implikasi kepada pelbagai pihak yang berkaitan seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah dan guru bagi merancang pelbagai usaha untuk meningkatkan komitmen guru dengan memastikan amalan pengurusan berada pada tahap yang memuaskan.
Pages: 201
Call Number: HF5549.M634 2024 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778186
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pengurusan sumber manusia dan komitmen organisasi guru novis di Malaysia.pdf
  Restricted Access
Full-text125.93 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.