Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778185
Title: Kesediaan guru terhadap penggunaan kaedah flipped classroom dalam pengajaram Pendidikan Islam
Authors: Syahirah Rosli (P113318)
Supervisor: Mohd Isa Hamzah, Dr.
Keywords: Flipped classrooms
Islamic education
Educational technology
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 22-May-2024
Abstract: Kaedah Flipped Classroom merupakan pendekatan pedagogi yang menarik untuk diterapkan dalam pengajaran guru Pendidikan Islam masa kini. Kaedah ini berpusatkan murid dan menggalakkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) sebagaimana saranan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Namun begitu kajian lepas menunjukkan kebanyakan guru pendidikan Islam masih menggunakan corak pengajaran secara konvensional. Justeru, kesediaan guru Pendidikan Islam menjadi aspek utama yang perlu dikaji bagi memastikan penggunaan kaedah Flipped Classroom dalam pengajaran dilaksanakan dengan baik. Objektif utama kajian ini adalah mengenal pasti tahap kesediaan penggunaan kaedah Flipped Classroom dalam kalangan guru Pendidikan Islam (GPI) berdasarkan aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap. Kajian ini juga mengkaji perbezaan tahap kesediaan berdasarkan jantina dan tempoh pengalaman mengajar. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara pengetahuan dan kemahiran dengan sikap guru terhadap penggunaan kaedah Flipped Classroom. Seramai 164 orang guru daripada 280 GPI di negeri Melaka terlibat sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif menerusi kaedah tinjauan dan menggunakan instrumen soal selidik yang diadaptasi daripada pengkaji lepas. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian IBM Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 25.0. Hasil penemuan kajian mendapati tahap pengetahuan GPI terhadap penggunaan kaedah Flipped Classroom berada pada tahap tinggi manakala kemahiran dan sikap berada pada tahap sederhana tinggi. Ujian-t sampel bebas menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kesediaan guru berdasarkan jantina. Analisis ujian ANOVA Satu Hala pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kesediaan guru berdasarkan pengalaman mengajar. Selain itu, Ujian Korelasi Pearson juga menunjukkan terdapat hubungan yang positif yang signifikan antara pengetahuan dan kemahiran dengan sikap guru terhadap penggunaan kaedah Flipped Classroom. Implikasi kajian menunjukkan kejayaan penggunaan kaedah Flipped Classroom sememangnya bergantung sepenuhnya kepada kesediaan guru sebagai pelaksana utama. Maka, kursus-kursus dalam perkhidmatan perlu dianjurkan oleh pihak berkenaan agar dapat meningkatkan lagi tahap kesediaan guru terhadap kaedah ini.
Pages: 192
Call Number: LB1029.F55.S973 2024 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778185
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kesediaan guru terhadap penggunaan kaedah flipped classroom dalam pengajaran pendidikan islam.pdf
  Restricted Access
Full-text2.93 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.