Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778179
Title: Kelakuan bahaya moral dalam kalangan pemegang kuota minyak masak sawit bersubsidi di Malaysia
Authors: Nurhazwani Mohd Ali (P98801)
Supervisor: Mustazar Mansur, Dr.
Hazrul Izuan Shahiri, Prof. Madya Dr.
Mohd Azlan Shah Zaidi, Prof. Madya Dr.
Mohd Adib Ismail, Prof. Madya Dr.
Keywords: Palm oil
Subsidies
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 22-Sep-2023
Abstract: Penstrukturan semula subsidi dalam COSS telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia pada penghujung tahun 2016 yang melibatkan kuota dan harga bagi minyak masak sawit di dalam bungkusan peket plastik satu (1) kilogram. Sepanjang tempoh tersebut, laporan pemantauan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) menunjukkan pelbagai kesalahan moral dilakukan oleh pemegang kuota yang bertentangan dengan matlamat COSS. Permasalahan utama kajian disertasi ini adalah berkaitan kelakuan pemegang kuota minyak masak sawit bersubsidi di Malaysia dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Oleh itu, objektif pertama kajian ini adalah untuk membina indeks bahaya moral terhadap kelakuan pemegang kuota minyak masak sawit bersubsidi di Malaysia. Kedua adalah untuk menguji faktor-faktor yang mempengaruhi kecenderungan indeks bahaya moral dan menguji kewujudan ketegaran indeks bahaya moral dalam COSS. Kaedah analisis komponen utama (PCA) digunakan untuk menganalisis data sekunder melibatkan kesalahan-kesalahan moral bagi 95 firma sepanjang tahun 2017 hingga 2021 untuk membangunkan indeks bahaya moral. Kemudian, analisis panel dinamik digunakan untuk menganggar setiap pemboleh ubah maklumat, insentif, pemantauan, serta hukuman dan undang-undang bagi tempoh lima (5) tahun tersebut. Hasil keputusan PCA menunjukkan indeks bahaya moral yang dijana adalah sebagai penanda aras bahaya moral bagi keseluruhan firma dan negeri. Negeri Selangor, Johor dan Kuala Lumpur memperoleh tahap indeks bahaya moral tertinggi di Malaysia, di mana setiap firma dan negeri mencapai skor indeks dan kedudukan yang berbeza setiap tahun bergantung kepada kesalahan moral dan pematuhan kepada matlamat COSS. Negeri dan firma dengan skor indeks paling tinggi untuk komponen utama menunjukkan tahap bahaya moral yang lebih tinggi, manakala yang memperoleh nilai terendah menunjukkan tahap bahaya moral yang lebih rendah. Penemuan model GMM pembezaan langkah dua dalam panel dinamik pula menunjukkan hubungan negatif dan signifikan secara statistik antara setiap pemboleh ubah faktor dengan indeks bahaya moral tersebut. Indeks bahaya moral juga terbukti mempunyai sifat ketegaran dalam COSS apabila didapati mempunyai perkaitan dengan indeks tahun sebelumnya dengan signifikan. Dapatan kajian disertasi ini penting bagi pembuat dasar untuk memberi penekanan kepada perkongsian dan pengurusan maklumat, pengurusan risiko dan sistem pemantauan dalam meningkatkan pencapaian matlamat COSS. Insentif yang optimum serta hukuman dan denda yang seimbang perlu dititkberatkan di dalam kontrak COSS apabila faktor-faktor ini terbukti signifikan dalam mempengaruhi indeks bahaya moral. Di samping itu, pemantauan yang berterusan dalam pengurusan risiko dan maklumat firma yang sistematik harus diutamakan untuk meningkatkan kualiti COSS dalam hubungan agensi bagi mengurangkan kos agensi.
Pages: 203
Call Number: TP684.P3.N837 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778179
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kelakuan bahaya moral dalam kalangan pemegang kuota minyak masak sawit bersubsidi di Malaysia.pdf
  Restricted Access
Partial665.93 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.