Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778177
Title: | Literasi kewangan dalam kalangan pekebun kecil sawit persendirian pemacu perniagaan sosial |
Authors: | Khairul Anwar Mohd Nor (P91620) |
Supervisor: | Muhammad Hakimi Mohd Shafiai, Prof. Madya Mohd Ali Mohd Noor, Dr. |
Keywords: | Financial literacy Finance, Personal Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 15-May-2023 |
Abstract: | Literasi Kewangan (LK) yang terhad merupakan isu yang berkait rapat dengan masalah kemiskinan dan ketidaksamaan ekonomi. Meskipun usaha menangani kadar kemiskinan Malaysia dilaksanakan secara berterusan, masih terdapat golongan yang mengalami kemiskinan khususnya Pekebun Kecil Sawit Persendirian (PKP) di kawasan luar bandar. Oleh yang demikian kewujudan isu ini telah membataskan penglibatan PKP secara kolektif dalam aktiviti penjanaan pendapatan serta sukar mengembangkan produktiviti secara efektif dalam memacu perniagaan sosial. Program pemerkasaan pekebun kecil di bawah Sustainable Palm Oil Cluster (SPOC) merupakan program yang bermatlamat membasmi kemiskinan serta memacu pembangunan PKP di kawasan luar bandar. Penyertaan PKP membentuk Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM) masih kurang mendapat sambutan terutamanya di Semenanjung Malaysia. Oleh itu, terdapat tiga objektif kajian ini, iaitu (i) mengenal pasti keperluan sebenar perbelanjaan bagi PKP di Semenanjung Malaysia; (ii) menguji pengaruh tingkah laku kewangan terhadap kesejahteraan kewangan PKP; dan (iii) mencadangkan kerangka model pemerkasaan kewangan PKP bagi memacu perniagaan sosial. Kajian ini berbentuk Explanatory Sequantial Design melibatkan kombinasi yang menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif secara berurutan, di mana pada tahap pertama pendekatan dilakukan dengan menggunakan kaedah kuantitatif dan pada tahap kedua dilakukan dengan kaedah kualitatif. Bagi memenuhi objektif pertama dan kedua, kajian ini telah menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik serta teknik persampelan rawak berstrata berkadar dalam memilih responden kajian di kalangan PKP. Sebanyak 400 saiz sampel kajian yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan analisis regresi berganda menggunakan SmartPLS 4.0. Berhubung objektif ketiga, kajian ini telah menggunakan temubual semi-struktur ke atas agensi berkaitan iaitu MAINJ, EPU dan MPOB yang berperanan memperkasakan operasi dan keperluan PKP dengan menggunakan NVivo 12 plus. Dalam konteks dapatan kuantitatif mendedahkan PKP cenderung menyelesaikan hutang dengan cepat sebagai sasaran perancangan kewangan. Hal ini turut menjelaskan bahawa tingkah laku kewangan dari aspek perbelanjaan dan pengurusan hutang mengesani kesejahteraan kewangan mereka. Manakala dalam konteks dapatan kualitatif menyatakan bahawa jangka masa dan pengayaan pertanian memainkan peranan penting bagi mengangkat pemerkasaan kewangan PKP. Sumbangan kajian menjadi sumber maklumat kepada pemegang taruh yang terlibat dalam sektor kelapa sawit bagi merangka dasar dan melaksana pelbagai program yang lebih menarik. Hasil kajian mendapati terdapat elemen-elemen kritikal yang perlu dianalisis dengan lebih teliti untuk memastikan model pemerkasaan kewangan PKP sesuai diimplementasi bagi memenuhi keperluan semasa. |
Pages: | 246 |
Call Number: | HG179.K4833 2023 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778177 |
Appears in Collections: | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Literasi kewangan dalam kalangan pekebun kecil sawit persendirian pemacu perniagaan sosial.pdf Restricted Access | Partial | 782.67 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.