Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778176
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZafir Khan Mohamed Makhbul, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.advisorMohd Helmi Ali, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.advisorAbu Hanifah Ayob, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorMohd Sharif Mohamad (P91016)en_US
dc.date.accessioned2025-03-03T08:06:20Z-
dc.date.available2025-03-03T08:06:20Z-
dc.date.issued2023-09-11-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778176-
dc.description.abstractStres pekerjaan merupakan suatu isu yang dihadapi oleh pelbagai organisasi pada masa kini. Ia boleh memberikan kesan negatif kepada pekerja sama ada dari segi emosi atau tingkah laku. Pekerja boleh mempunyai niat untuk berhenti dan mengalami lesu upaya akibat daripada tindak balas serta kesan daripada stres pekerjaan. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti pengaruh sumber stres pekerjaan terhadap niat untuk berhenti serta meletakkan kekuatan karakter sebagai penyederhana. Kajian ini turut meneroka pengaruh sumber stres pekerjaan terhadap lesu upaya serta dimensidimensinya iaitu kelesuan emosi, dipersonalisasi dan kemerosotan pencapaian peribadi. Kajian ini turut mengkaji peranan niat untuk berhenti sebagai pengantara dalam hubungan antara stres pekerjaan dan lesu upaya. Sebanyak 254 borang soal selidik telah dikumpulkan daripada anggota bomba dan penyelamat yang bertugas di balai-balai bomba di negeri Melaka. Teknik Partial Least Square – Structural Equation Modelling (PLS-SEM) telah digunakan untuk menganalisis dapatan kajian. Keputusan pengujian hipotesis hubungan kesan langsung menunjukkan sumber stres pekerjaan mempunyai hubungan yang positif dan niat untuk berhenti tetapi hubungan yang negatif dengan lesu upaya. Niat untuk berhenti pula mempunyai hubungan yang positif dengan lesu upaya dan dimensi-dimensinya. Keputusan pengujian hipotesis bagi pemboleh ubah pengantara mendapati bahawa niat untuk berhenti bertindak sebagai pemboleh ubah pengantara yang penting dalam hubungan antara sumber stres pekerjaan dan lesu upaya. Keputusan pengujian hipotesis bagi pemboleh ubah penyederhana pula mendapati kekuatan karakter hanya bertindak sebagai pengantara ke atas hubungan antara sumber stres pekerjaan dan niat untuk berhenti apabila kesemua dimensinya digabungkan. Dapatan kajian ini mengiktiraf peranan kekuatan karakter dalam penggunaan kaedah psikologi positif sebagai salah satu cara untuk mengurangkan kesan negatif stres pekerjaan. Akhir sekali, dapatan serta cadangan yang dihasilkan dalam kajian ini dapat dimanfaatkan oleh pengamal sebagai panduan untuk menambah baik amalan pengurusan stres dalam organisasi.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectJob stressen_US
dc.subjectCharacters and characteristicsen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePeranan kekuatan karakter ke atas hubungan antara stres pekerjaan, niat untuk berhenti dan lesu upayaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages207en_US
dc.identifier.callnoHF5548.85.M634 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007456en_US
dc.format.degreePh.Den_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Peranan kekuatan karakter ke atas hubungan antara stres pekerjaan, niat untuk berhenti dan lesu upaya.pdf
  Restricted Access
Full-text2.86 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.