Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778171
Title: | Pengaruh fasad al-zaman dalam aplikasi hukum muamalat semasa |
Authors: | Muhammad Iqbal Roslee (P93028) |
Supervisor: | Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani, Dr. |
Keywords: | Commercial law (Islamic law) Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 18-Jul-2024 |
Abstract: | Fasād al-zamān adalah merujuk kepada keadaan masa yang tidak baik disebabkan pegangan agama masyarakat yang rendah. Dalam fiqh, ia merupakan faktor yang diambil kira oleh fuqaha dalam merubah hukum semasa. Tindakan para fuqaha menunjukkan bahawa hukum boleh berubah disebabkan faktor itu. Berdasarkan fakta itu juga, timbul persoalan tentang tahap penghayatan agama masyarakat kini yang semakin lemah dan implikasinya kepada hukum muamalat semasa. Justeru, tiga objektif kajian ini dibuat iaitu; mengkaji kedudukan fasād al-zamān sebagai instrumen perubahan hukum; menganalisis parameter perubahan hukum disebabkan fasād al-zamān; dan juga mengenal pasti aplikasi-aplikasi muamalat semasa yang berkaitan dengan pengaruh fasād al-zamān. Kajian ini ialah kajian kualitatif dengan pendekatan analisis kandungan. Berdasarkan kaedah ini, pengkaji menganalisis maklumat daripada sumber primer dan sumber sekunder di samping menjalankan temubual separa berstruktur terhadap 5 orang informan yang terdiri daripada pakar-pakar syariah di Malaysia. Data-data yang dikumpulkan kemudiannya dianalisis secara deskriptif dan tematik. Hasil kajian menunjukkan bahawa fasād al-zamān mempunyai kedudukan yang tinggi dalam syarak kerana boleh mempengaruhi perubahan (taghyīr) dan pentarjihan (tarjīh) hukum dalam sesuatu masa. Menurut disiplin ilmu uṣūl fiqh, ia termasuk dalam perbincangan maṣlahah mursalah, istihsān, sadd al-dharīᶜah, al-ᶜurf dan takhṣīṣ al-ᶜillah mengikut pemahaman fuqaha masing-masing. Selain itu, empat parameter perubahan hukum disebabkan fasād al-zamān digariskan dalam kajian ini iaitu; memastikan keberadaan fasād al-zamān dalam realiti; memastikan hukum berasaskan fasād al-zamān sejajar dengan maqāṣid syariah; mengambil kira kelayakan pemfatwa bagi fasād al-zamān serta implikasi hukum daripadanya dan; memastikan perubahan hukum kerana fasād al-zamān itu hanya dalam skop ijtihādī. Berkenaan aplikasi hukum muamalat semasa yang berkaitan dengan pengaruh fasāḍ al-zamān pula, terdapat lapan aplikasi muamalat yang dikemukakan pengkaji iaitu taᶜwīd dan gharāmah; saham bercampur; wasiat wajibah, ᶜurbūn, jaminan pengusaha terhadap modal mudarabah; kawalan harga; upah dalam kafalah serta; kewajipan dokumen kontrak. Melalui hasil kajian ini, konsep serta parameter perubahan hukum disebabkan fasād al-zamān dirungkai dengan terperinci di samping aplikasi-aplikasi hukum muamalat berhubung pengaplikasian konsep fasād al-zamān juga dikemukakan pengkaji sebagai penyelesaian kepada pelaksanaan hukum semasa yang bersesuaian dengan realiti kini. |
Notes: | Tesis ini tidak ada ''Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah'' |
Pages: | 245 |
Call Number: | BP158.C58M835 2024 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778171 |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Pengaruh Fasād Al-Zamān dalam aplikasi hukum muamalat semasa.pdf Restricted Access | Partial | 982.94 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.