Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778170
Title: Kajian biografi, sumbangan dan kaedah seni tarannum Hajjah Rahmas binti Abdullah
Authors: Masfira Hilman (P118357)
Supervisor: Wan Nasyrudin Wan Abdullah, Dr.
Wan Hilmi Wan Abdullah, Dr.
Keywords: Rahmas Abdullah, 1960-
Qurʼan -- Recitation
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 18-Aug-2024
Abstract: Hajjah Rahmas Binti Abdullah seorang qariah yang sangat terkenal di Malaysia bahkan di Nusantara juga. Kehebatan beliau amat terserlah dengan bacaan al-Quran secara bertarannum yang sangat unik dan menarik. Antara keunikan dan tarikan kaedah tarannum beliau adalah memiliki bacaan berlahjah cArabiyyah dan kelantangan suara. Kedua-dua ciri ini menjadikan bacaan tarannum beliau kemas dan cantik sehingga memukau para pendengar untuk meniru gaya bacaan beliau. Tambahan lagi, bacaan Hajjah Rahmas Abdullah adalah sangat konsisten dan bacaan gaya keraban tidak pernah berubah semenjak penglibatan beliau dalam bidang tilawah dari tahun 1980an. Kajian ini adalah bertujuan menjelaskan latar belakang Hajjah Rahmas Abdullah dan sumbangannya dalam dunia tilawah al-Quran di Malaysia serta kaedah bacaan seni tarannum beliau. Reka bentuk kajian ini adalah kualitatif. Kajian ini memperolehi data melalui sumber dokumen seperti buku, artikel, tesis dan laporan, pemerhatian dan kaedah temu bual secara semi-struktur bersama peserta kajian yang terdiri dari murid-murid beliau dan pakar-pakar tarannum di Malaysia dalam pelbagai bidang al-Quran. Hasil kajian mendapati bahawa Hajjah Rahmas Abdullah seorang tokoh qariah yang amat disegani di Malaysia. Ketokohan beliau sangat terserlah dengan menjuarai pertandingan di peringkat kebangsaan dan Antarabangsa dan berjaya melatih dan membimbing murid-murid di arena pertandingan yang sama setiap tahun. Hajjah Rahmas Binti Abdullah memiliki kemahiran seni bacaan tarannum yang berlahjah Arabiyyah melalui sentuhan suara yang unik dan mantap selain konsisten dan susunan lagu dan suara yang tidak pernah sumbang. Lima komponen utama bacaan beliau ialah (i) Penguasaan tajwid yang mantap; (ii) Fasahah yang lancar; (iii) Kemampuan suara yang keunikan dan menarik; (iv) Kepintaran susunan lagu tarannum; dan (v) Kemahiran pernafasan suara. Implikasi kajian adalah seni tarannum beliau telah memberikan impak yang sangat besar kepada kaedah seni bacaan al-Quran bertarannum dan menjadi rujukan dan panduan utama kepada qari dan qariah di Malaysia.
Notes: Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 140
Call Number: BP131.6.M354 2024 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778170
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kajian biografi, sumbangan dan kaedah seni tarannum Hajjah Rahmas binti Abdullah.pdf
  Restricted Access
Partial798.71 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.