Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778165
Title: Pendekatan dakwah PAS terhadap non Muslim di Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP)
Authors: Nor Syuhada Roslan (P93709)
Supervisor: Muhamad Faisal Asha’ari, Dr.
Keywords: Parti Islam SeMalaysia
Da'wah (Islam)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 23-Apr-2024
Abstract: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merupakan sebuah parti politik yang menggunakan medan politik untuk merealisasikan agenda dakwah di Malaysia. Perjuangan politik yang tertumpu kepada sesuatu agama dan bangsa sahaja boleh menjejaskan sokongan dalam pilihanraya. Dilema ini sedang dihadapi oleh PAS dalam persaingan politik di Malaysia antara memperoleh sokongan politik dan tanggungjawab membawa mesej agama kepada masyarakat. Perbezaan agama dan bangsa menjadi halangan kepada non Muslim di Malaysia untuk menerima idealisme politik Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pendekatan Dakwah PAS terhadap Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan menganalisis faktor ahli DHPP bersama dalam perjuangan PAS. Seterusnya, menganalisis pandangan DHPP terhadap dakwah yang dibawa oleh PAS. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi temu bual mendalam kepada 7 orang pimpinan dalam DHPP di peringkat pusat. Hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat 3 pendekatan dakwah PAS terhadap non Muslim DHPP iaitu tacawun, tahaluf dan tafahum. Melalui taawun iaitu bertoleransi bantu membantu golongan non Muslim selagi mana mendatangkan maanfaat kepada agama, kemudian tahaluf iaitu kerjasama politik yang tidak melanggar hukum syarak dan seterusnya tafahum iaitu saling memahami latar kehidupan masyarakat pluralistik. Implikasi kajian ini pendekatan dakwah melalui keilmuan perlu dikukuhkan dari pelbagai sudut agar mesej Islam dapat disampaikan secara komprehensif. Kajian ini juga berharap agar dapat memberi input tambahan kepada badan-badan dakwah di Malaysia.
Notes: Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 155
Call Number: BP170.85.N687 2024 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778165
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pendekatan dakwah PAS terhadap non muslim di Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).pdf
  Restricted Access
Partial1.17 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.