Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778164
Title: Tahap penguasaan saiz kosa kata reseptif dan kosa kata produktif dalam kalangan pelajar SABK di Sarawak 
Authors: Wan Amar Ikram Wan Abdullah (P90110)
Supervisor: Kaseh Abu Bakar, Prof Madya Dr.
Keywords: Arabic language -- Vocabulary
Arabic language -- Study and teaching -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 2-May-2024
Abstract: Pengukuran saiz kosa kata memainkan peranan yang penting dalam menilai tahap penguasaan bahasa seseorang pelajar. Dapatan kajian lepas menunjukkan bahawa masih kurang kajian berkaitan pengukuran saiz kosa kata yang telah dilakukan khususnya dalam aspek penguasaan saiz kosa kata reseptif dan kosa kata produktif bahasa Arab di Malaysia. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap penguasaan saiz kosa kata reseptif dan kosa kata produktif dalam kalangan pelajar SABK di Sarawak. Dua instrumen pengukuran kosa kata telah dibangunkan iaitu Arabic Vocabulary Level Test (AVLT) dan Arabic Productive Vocabulary Level Test (APVLT) yang masing-masing bertujuan untuk mengukur tahap penguasaan kosa kata reseptif dan kosa kata produktif pelajar. Bagi mendapatkan tahap penguasaan saiz kosa kata pelajar, satu kajian berbentuk kuantitatif dengan menggunakan persampelan rawak mudah telah dilaksanakan kepada 150 pelajar tingkatan empat Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang menggunakan Kurikulum Bersepadu Dini di Sarawak. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan Model Pengukuran Rasch melalui perisian Winstep versi 3.73. Dapatan yang diperoleh menunjukkan kebolehpercayaan instrumen AVLT berada pada tahap yang baik dengan nilai Alfa Cronbach (KR-20) a=0.96, nilai kebolehpercayaan item 0.97 dengan nilai indeks pengasingan item 5.84. Manakala, nilai kebolehpercayaan person pula menunjukkan bacaan 0.95 dengan nilai indeks pengasingan person 4.26 . Bagi instrumen APVLT pula, dapatan yang diperoleh juga menunjukkan kebolehpercayaan instrumen berada pada tahap yang baik iaitu nilai Alfa Cronbach (KR-20) a=0.94, nilai kebolehpercayaan item 0.97 dengan indeks pengasingan item 5.93 . Manakala, nilai kebolehpercayaan person pula menunjukkan bacaan 0.94 dengan indeks pengasingan person 3.80 . Kajian ini juga mendapati bahawa tahap penguasaan saiz kosa kata reseptif dalam kalangan pelajar tingkatan empat SABK di Sarawak secara purata berada pada tahap 1889/3000 patah perkataan. Manakala tahap penguasaan saiz kosa kata produktif pelajar tingkatan empat SABK di Sarawak secara purata berada pada tahap 939/3000 patah perkataan. Hal ini menunjukkan bahawa tahap penguasaan saiz kosa kata reseptif dan kosa kata produktif pelajar SABK di Sarawak hampir mencapai tahap penguasaan sebagai mana yang digariskan oleh Kurikulum Bersepadu Dini iaitu 2000 patah perkataan bagi kosa kata reseptif dan 1000 patah perkataan bagi kosa kata produktif.
Notes: Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 224
Call Number: PJ6166.W333 2024 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778164
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Tahap penguasaan saiz kosa kata reseptif dan kosa kata produktif dalam kalangan pelajar SABK di Sarawak.pdf
  Restricted Access
Partial742.8 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.