Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778162
Title: | Strategi pemasaran patuh syariah terhadap produk kesihatan dan kecantikan di Malaysia |
Authors: | Nor Nina Amalina Md Saad (P90081) |
Supervisor: | Salmy Edawati Yaacob, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Marketing -- Religious aspects -- Islam Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 10-Mar-2024 |
Abstract: | Strategi pemasaran dalam perniagaan produk kesihatan dan kecantikan berhadapan dengan pelbagai kontroversi apabila terdapat pelaksanaan di luar batasan syarak seperti pemalsuan penjenamaan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji strategi pemasaran yang tidak patuh syariah dalam memasarkan produk kesihatan dan kecantikan di Malaysia. Kajian ini juga akan menganalisis langkah penyelesaian ketidakpatuhan syariah serta mencadangkan strategi-strategi pemasaran patuh syariah terhadap produk kesihatan dan kecantikan di Malaysia. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan mengambil pendekatan kajian kes. Proses pengumpulan data menggunakan kaedah temu bual berstruktur bersama responden terdiri daripada pakar pemasaran, ahli akademik dan pakar muamalat dan juga menggunakan analisa kandungan. Data temubual dianalisis secara tematik manakala data analisa kandungan dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa beberapa strategi pemasaran tidak patuh syariah yang dilaksanakan dalam perniagaan hari ini berdasarkan empat aspek. Pertama, produk iaitu pemalsuan penjenamaan, penipuan bahan dan kandungan serta penipuan atas talian. Kedua, perkhidmatan pula menjurus kepada penipuan suntikan, pusat kecantikan tidak bertauliah dan jurusolek tidak patuh syariah. Ketiga, harga iaitu kenaikan harga produk yang tinggi, permainan harga dan penyeragaman harga bagi ejen dan stokis. Keempat ialah promosi dan pengiklanan, iaitu penggunaan agama dan wanita, penipuan testimoni, sumpah, jaminan dan dakwaan. Kajian ini juga menghasilkan beberapa langkah penyelesaian bagi aspek ketidakpatuhan syariah iaitu; i. memperkasakan kejujuran dan amanah dalam pemasaran produk agar tiada unsur penipuan dan manipulasi, ii. pemerkasaan akta dan perundangan dengan mewujudkan satu sistem untuk membuat semakan pusat kecantikan bertauliah, iii. memperkenalkan mekanisme kepatuhan harga agar sentiasa releven dengan permintaan dan keperluan semasa sekaligus dapat mengelakkan permainan harga dalam kalangan ejen dan stokis, serta iv. membangunkan strategi patuh syariah terhadap penggunaan agama dan wanita sebagai objek dalam pengiklanan dan promosi produk kecantikan. Implikasi kajian mencadangkan keperluan strategi pemasaran patuh syariah terhadap produk kesihatan dan kecantikan di Malaysia yang melibatkan kerjasama daripada pemasar, peniaga, syarikat-syarikat produk kesihatan dan kecantikan serta pihak berkuasa. Cadangan ini juga dapat melicinkan proses penguatkuasaan undang-undang serta memberi keadilan kepada pembeli dan pengguna di Malaysia. |
Notes: | Tesis ini tidak ada ''Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah'' |
Pages: | 202 |
Call Number: | HF5415.13.N648 2024 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778162 |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Strategi pemasaran patuh syariah terhadap produk kesihatan dan kecantikan di Malaysia.pdf Restricted Access | Partial | 528.34 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.