Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778156
Title: Cabaran psikologi saudara kita di Jabatan Agama Islam Sarawak
Authors: Kamarulzaman Kawi (P94522)
Supervisor: Nur A’thiroh Masyaa’il Tan Abdullah @ Tan Ai Pao, Dr.
Keywords: Muslim converts -- Sarawak
Muslim converts -- Psychological aspects
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 28-May-2024
Abstract: Pertambahan bilangan saudara kita saban tahun menunjukkan sesuatu yang positif dalam usaha-usaha dakwah kepada saudara kita dan membuktikan kebenaran agama Islam. Walaubagaimanapun, keputusan saudara kita memilih Islam membawa bersama cabaran dan permasalahan yang perlu dihadapi dan ditangani dengan sebaik-baiknya. Keperluan memahami cabaran dan permasalahan saudara kita khususnya dari sudut cabaran psikologi perlu dititikberatkan bagi menjamin kesejahteraan hidup saudara kita. Cabaran-cabaran psikologi ini jika tidak diurus dengan baik boleh menyebabkan saudara kita berpaling daripada agama Islam. Justeru kajian ini dijalankan untuk mengkaji latar belakang saudara kita di Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), menganalisis faktor-faktor saudara kita memeluk Islam, mengkaji cabaran yang dihadapi oleh JAIS dalam mengurus saudara kita, menganalisis pendekatan JAIS dalam membantu saudara kita dan mengkaji cabaran-cabaran psikologi yang dihadapi oleh saudara kita. Metodologi kajian ini adalah kualitatif dengan reka bentuk kajian kes melalui instrumen analisis dokumen serta temu bual berstruktur dan temu bual tidak berstruktur. Persampelan bertujuan digunakan dalam kajian ini dan dapatan kajian dianalisis secara naratif deskriptif. Dapatan kajian disusun berdasarkan thematic bagi mengenalpasti tema-tema yang terhasil daripada temu bual yang telah dijalankan terhadap 15 orang peserta kajian yang terdiri daripada saudara kita dan kakitangan Unit Kemajuan Saudara Kita (UKSK), JAIS. Hasil kajian mendapati majoriti saudara kita di JAIS adalah terdiri daripada wanita dari sudut jantina, kaum Iban dan beragama Kristian. Pemelukan Islam paling banyak berlaku di bandar besar seperti Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri. Selain itu, faktor rela hati dan berkahwin adalah faktor terbesar pemelukan Islam di JAIS, diikuti oleh faktor rela hati, mengikut ibu bapa, lain-lain faktor dan perkahwinan. Kajian juga mendapati JAIS berhadapan dengan sumber kewangan terhad, bentuk geografi yang luas, kekangan sumber tenaga manusia dan keadaan sosio-politik Sarawak dalam mengurus saudara kita. Oleh itu, JAIS telah melaksanakan beberapa pendekatan untuk membantu saudara kita seperti menggunapakai Modul Pembangunan Saudara Kita, jalinan kerjasama pintar, Program Kampung Angkat Saudara Kita serta bantuan ekonomi dan kebajikan. Hasil kajian juga mendapati saudara kita menghadapi cabaran-cabaran psikologi dari sudut cabaran keluarga, cabaran masyarakat, cabaran penyesuaian dengan agama Islam, cabaran perkahwinan dan perceraian, cabaran rasa rendah diri dan terasing, cabaran aspek ekonomi dan cabaran lokasi serta persekitaran tempat tinggal dan cabaran pengekalan nama asal dan masalah pewarisan harta. Kajian ini akan dapat membantu JAIS, badan-badan dakwah khususnya yang terlibat dengan pengurusan, pembangunan serta dakwah saudara kita dan masyarakat secara keseluruhannya. Implikasi kajian ini akan dapat membantu semua pihak dalam memastikan usaha-usaha untuk membimbing, membantu, mengurus serta membangunkan saudara kita dari masa ke semasa dapat dilaksanakan secara lebih efisyen.
Notes: Tesis ini tidak ada ''Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah''
Pages: 274
Call Number: BP170.5.K335 2024 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778156
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Cabaran psikologi saudara kita di Jabatan Agama Islam Sarawak.pdf
  Restricted Access
Partial888.23 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.