Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778155
Title: | Kaedah pentafsiran Sheikh Abdullah Basmeih terhadap ayat Mutashabihat al-Sifat |
Authors: | Nurul Nabilah Ahmad Marzuki (P104754) |
Supervisor: | Mohd. Nazri Ahmad, Dr. |
Keywords: | Qurʼan -- Criticism, interpretation, etc. Qurʼan -- Language, style Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 10-Jun-2024 |
Abstract: | Ayat-ayat mutashabihat adalah ayat yang tersembunyi maknanya dan tidak dapat difahami melalui zahir ayat. Ini menimbulkan kekeliruan khususnya terhadap pentafsiran sifat-sifat Allah swt yang mana tidak boleh digambarkan melalui pancaindera manusia. Mengkaji ayat-ayat mutashabihat dalam kitab Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran akan memberi kesan kerana ia adalah rujukan bagi kebanyakan masyarakat Islam di Malaysia. Justeru, kajian ini akan menghuraikan latar belakang Sheikh Abdullah Basmeih dan kitab Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran, mengkaji definisi ayat mutashabihat dan kaedah pentafsiran yang digunakan oleh ulama’serta mengkaji kaedah pentafsiran Abdullah Basmeih terhadap ayat-ayat mutashabihat berkaitan sifat Allah swt. Kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan reka bentuk kajian melalui analisis kandungan. Data dikumpul dengan menganalisis dokumen iaitu merujuk kitab culum al-Quran, merungkai ayat-ayat mutashabihat yang telah ditafsirkan dalam Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran serta mendatangkan tafsiran ulama’ muktabar dalam melihat kecenderungan beliau sama ada mentafwidkan atau mentakwilkan ayat tersebut. Dapatan kajian menemukan yang ayat-ayat berkaitan sifat Allah swt adalah tergolong dalam ayat mutashabihat yang mengandungi kesamaran pada makna. Sheikh Abdullah Basmeih cenderung untuk mentakwilkan ayat-ayat mutashabihat. Beliau bersepakat dengan ulama’ muktabar pada perbahasan mengenai al-istiwa dengan menyerahkan lafaz tersebut kepada Allah swt dan mengikut ulama’ salaf. |
Notes: | Tesis ini tidak ada ''Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah'' |
Pages: | 202 |
Call Number: | BP130.4.N87734 2024 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/778155 |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Kaedah pentafsiran Sheikh Abdullah Basmeih terhadap ayat Mutashabihat al-Sifat.pdf Restricted Access | Partial | 1.62 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.