Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777976
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFathin Faizah Said, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorTamat Sarmidi, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.advisorMohd Ridzwan Yaakub, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorRaja Solan Somasuntharam (P94772)en_US
dc.date.accessioned2025-02-18T07:17:09Z-
dc.date.available2025-02-18T07:17:09Z-
dc.date.issued2024-03-16-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777976-
dc.description.abstractPada era globalisasi ini penggunaan media sosial terutamanya Twitter semakin meningkat dalam kalangan pengguna. Pengguna turut memanfaatkan kemudahan tersebut dengan menyampaikan sentimen mereka dalam bentuk tweet mengenai sesuatu isu dalam masa singkat. Sehubungan dengan itu, disertasi ini mengandungi tiga analisis empirik yang membincangkan implikasi sentimen pengguna pada Twitter terhadap pasaran aset digital dan pasaran saham. Analisis pertama melihat pengaruh emosi pengguna di Twitter dan aktiviti pencarian maklumat di Google mengenai aset Bitcoin, Bitcoin Cash, Ethereum, Ethereum Classic, Litecoin dan Ripple terhadap kadar pulangan dan kemeruapan aset tersebut. Serta, analisis ini dilakukan dengan menggunakan pendekatan Vector Autoregression (VAR) dan tempoh masa kajian secara harian merangkumi dari 17 Ogos 2021 hingga 17 Disember 2021. Dapatan kajian menunjukkan emosi pengguna memberi kesan terhadap aset Bitcoin, Ethereum Classic, Litecoin dan Ripple dan analisis ini manfaat kepada negara yang menggalakkan penggunaan aset digital terutamanya negara Amerika Syarikat (AS). Hal ini kerana pembuat dasar dapat mengenal pasti faktor yang mempengaruhi pasaran aset digital selain daripada faktor makroekonomi. Tambahan lagi, petunjuk pencarian Google turut mempengaruhi kesemua aset tersebut kecuali Bitcoin Cash dan Ripple. Dengan itu, pelabur boleh melihat petunjuk pencarian Google sebelum melabur dalam pasaran aset digital. Analisis kedua mengkaji kesan gelagat pengguna mengenai Coronavirus disease-2019 (Covid-19) terhadap kadar pulangan dan kemeruapan aset digital tersebut dan dua puluh indeks pasaran saham negara yang melibatkan 100 peratus dalam penggunaan Twitter. Analisis ini dijalankan dengan menggunakan kaedah VAR dan jangka masa kajian adalah secara harian dari 17 Ogos 2021 hingga 17 Disember 2021. Hasil kajian menjelaskan aset Bitcoin, Bitcoin Cash, Ethereum, Ethereum Classic dan Litecoin serta lima belas pasaran saham telah menerima kesan daripada sentimen pengguna. Di samping itu, pasaran saham tersebut telah menunjukkan 82.75 peratus dalam penggunaan Twitter pada tahun 2021. Analisis ketiga meneliti impak sentimen pengguna mengenai isu perang perdagangan dan pembaharuan cukai di Amerika Syarikat terhadap kadar pulangan aset Bitcoin dan Ethereum serta indeks pasaran saham negara G7 dan China. Tempoh masa kajian ini bermula secara harian dari 4 Mac 2020 hingga 20 Januari 2021 dan analisis ini dilakukan dengan menggunakan kaedah Wavelet Coherence. Hasil kajian memaparkan gelagat pengguna mengenai isu yang dinyatakan telah mempengaruhi kesemua kadar pulangan aset digital dan saham tersebut. Sementara itu, negara AS, United Kingdom, Jerman, Jepun, Perancis dan Kanada memaparkan 55.06 peratus dalam pengaksesan Twitter pada tahun 2021. Sejurus itu, pembuat dasar bagi pasaran saham negara menerima kesan positif dan juga negatif daripada sentimen pengguna mengenai Covid-19, perang perdagangan dan pembaharuan cukai harus memberi perhatian terhadap gelagat pengguna di Twitter mengenai sesuatu isu dalam langkah merangka sesuatu dasar kerajaan yang berhubung dengan isu itu. Ini kerana sentimen pengguna mengenai sesuatu isu dan dasar kerajaan berpotensi untuk mempengaruhi pasaran kewangan seperti mana ditunjukkan dalam kajian ini. Di samping itu, hal ini cenderung mempengaruhi keputusan pelaburan pemegang saham. Tambahan lagi, kajian ini membolehkan pelabur melihat antara aset digital dan saham menerima kesan positif dan negatif daripada Covid-19, perang perdagangan dan pembaharuan cukai serta merangka portfolio pelaburan yang menguntungkan.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectStock exchangesen_US
dc.subjectSocial mediaen_US
dc.subjectStockholdersen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKesan sentimen pengguna di media sosial Twitter dan media pencarian Google terhadap pasaran aset digital dan pasaran sahamen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages335en_US
dc.identifier.callnoHG4551.R335 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007450en_US
dc.format.degreePh.D.en_US
dc.description.categoryofthesesTerhad/Restricteden_US
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kesan sentimen pengguna di media sosial Twitter dan media pencarian google terhadap pasaran aset digital dan pasaran saham.pdf
  Restricted Access
Partial859.85 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.