Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777971
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNorlida Hanim Mohd Salleh, Prof . Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorWijijayanti, Trisetia (P104734)en_US
dc.date.accessioned2025-02-18T07:10:20Z-
dc.date.available2025-02-18T07:10:20Z-
dc.date.issued2024-04-01-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777971-
dc.description.abstractIndustri pelancongan adalah antara nadi utama pertumbuhan, pembangunan ekonomi dan punca peluang pekerjaan bagi kebanyakan negara di dunia. Di Indonesia, sektor pelancongan luar bandar atau lebih dikenali sebagai pelancongan pedesaan turut menjadi sumber pendapatan penduduk tempatan. Penglibatan secara langsung penduduk tempatan mampu mewujudkan kelestarian pembangunan ekonomi di kawasan luar bandar. Menyedari kepentingan ini, kerajaan Indonesia giat mengambil langkah membangunkan kawasan dan penduduk luar bandar melalui pembangunan desa pelancongan. Wilayah (Kabupaten) Malang, adalah antara kabupaten yang giat membangun dan memajukan desa pelancongan. Namun, hanya sebilangan desa sahaja yang berjaya. Kegagalan kebanyakan desa pelancongan menjadi motivasi kepada kajian ini. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti potensi pembangunan pelancongan; perancangan dan sokongan kerajaan; pengalaman kejayaan serta kegagalan desa-desa pelancongan; kesediaan penduduk tempatan dan membentuk model dan garis panduan pembangunan pelancongan luar bandar lestari di Kabupaten Malang dengan menggunakan pendekatan new regionalism theory. Jumlah responden kajian ini ditentukan dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling). Pengumpulan data kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah temu bual mendalam, tinjauan, temu bual separa berstruktur, pemerhatian langsung dan ulasan arkib/laporan/dokumen dasar-dasar pembangunan pelancongan kerajaan. Perbandingan kes juga dilakukan antara desa-desa pelancongan berjaya dan tidak berjaya. Sejumlah 13 responden utama ditemu bual secara mendalam, diikuti oleh tinjauan dan temu bual separa berstruktur terhadap 180 orang penduduk tempatan. Proses pengumpulan data dilakukan selama 7 bulan (April-Oktober 2022). Hasil kajian antara lain mendapati kawasan luar bandar di Kabupaten Malang berpotensi dibangunkan sebagai desa pelancongan kerana kelebihan faktor alam semula jadi, budaya dan pelancongan buatan manusia. Kerajaan perlu membangunkan sumber manusia yang berkualiti untuk mengurus dan meningkatkan kesedaran berkaitan pelancongan di kawasan luar bandar di Kabupaten Malang. Selain perlu meningkatkan pembangunan kemudahan sokongan pelancongan. Berdasarkan dapatan kajian ini juga, beberapa pembaharuan perlu dilakukan, antaranya menghapuskan budaya “unggah-ungguh” (kekananan) dan memilih pemimpin yang berkesan serta berkebolehan. Hasil kajian ini juga mendapati konflik pengurusan dan perkongsian manfaat; kekurangan kesedaran dan perpaduan penduduk; serta tiada komitmen dan konsistensi menjadi punca utama kegagalan pembangunan pelancongan luar bandar di Kabupaten Malang. Hasil kajian ini juga menunjukkan motivasi awal menjadi asas utama untuk membuat keazaman semua pihak, menyatupadukan penduduk, merancang dan melaksanakan aktiviti berkaitan dengan pembangunan pelancongan. Kajian ini juga mendapati penduduk tempatan bersedia terlibat dalam pembangunan pelancongan kerana kemampuan sektor tersebut menjana impak positif seperti pendapatan, penyediaan infrastruktur dan kebolehcapaian penduduk kepada pelbagai kemudahan lain. Selain itu faedah yang diperoleh daripada desa pelancongan juga boleh dikongsi bersama (antara kerajaan dan penduduk) untuk tujuan pembangunan kawasan luar bandar. Model pembangunan pelancongan luar bandar di Kabupaten Malang yang dicadangkan oleh kajian ini direka bentuk meliputi empat pemain utama (kerajaan desa, penduduk tempatan, kerajaan daerah dan pemegang taruh); motivasi awal; pemimpin yang berkesan; kesedaran dan pemerkasaan penduduk tempatan dan perkongsian faedah. Model ini juga memberi keutamaan terhadap aspek keharmoniaan antara pemimpin, penduduk tempatan dan pemegang taruh dalam pengurusan tarikan pelancongan di Kabupaten Malang. Penemuan kajian ini menyediakan asas kepada penggubal dasar dan pemain dalam industri pelancongan untuk mempromosikan serta melaksanakan pembangunan pelancongan sebagai ekonomi baharu di kawasan luar bandar.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectTourismen_US
dc.subjectCulture and tourismen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePembangunan pelancongan luar bandar lestari Kabupaten Malang Indonesiaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages308en_US
dc.identifier.callnoG155.A1.535 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007446en_US
dc.format.degreePh.D.en_US
dc.description.categoryofthesesTerhad/Restricteden_US
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pembangunan pelancongan luar bandar lestari kabupaten Malang Indonesia.pdf
  Restricted Access
Partial922.1 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.