Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777969
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZafir Khan Mohamed Makhbul, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.advisorZaleha Yazid, Dr.en_US
dc.contributor.advisorLai Wei Sieng, Dr.en_US
dc.contributor.authorAsyakireen Samsudin (P90440)en_US
dc.date.accessioned2025-02-18T07:06:47Z-
dc.date.available2025-02-18T07:06:47Z-
dc.date.issued2024-03-21-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777969-
dc.description.abstractBerkembang maju dalam kerja (BMDK) merupakan isu yang mendapat perhatian dalam bidang psikologi positif dan gelagat organisasi berikutan daripada persekitaran kerja yang semakin kompetitif dan tidak menentu serta kesannya terhadap kesejahteraan dan produktiviti pekerja. Meskipun banyak kajian telah dijalankan mengenai BMDK, pembentukan konsep BMDK berasaskan pemuliharaan sumber melalui faktor kontekstual (sokongan penyelia (SOKP) dan autonomi kerja (AUTK)) dalam menjangka tingkah laku peranan tambahan (tingkah laku kerja inovatif (TLKI) dan gelagat kewarganegaraan organisasi (GKWO) pekerja masih lagi kurang diberikan perhatian. Justeru, bagi memenuhi jurang ini, kajian telah dijalankan untuk meneliti hubungan antara faktor kontekstual (SOKP dan AUTK) dan BMDK dan kesan BMDK terhadap tingkah laku peranan tambahan (TLKI dan GKWO). Berdasarkan Teori Pemuliharaan Sumber (Conservation of Resources Theory), hipotesis kajian ini menjangkakan bahawa BMDK berperanan sebagai pengantara bagi hubungan antara faktor kontekstual (SOKP dan AUTK) dan tingkah laku peranan tambahan (TLKI dan GKWO). Manakala efikasi kendiri (EFKN) bertindak sebagai penyederhana bagi hubungan antara faktor kontekstual dan BMDK. Data diperoleh daripada 654 orang pekerja Telekom Malaysia Berhad (TM) iaitu sebuah syarikat telekomunikasi di Malaysia. Analisis hipotesis kajian adalah menggunakan perisian SPSS versi 23.0 dan SmartPLS versi 3.0. Dapatan kajian menunjukkan pertamanya, faktor kontekstual (SOKP dan AUTK) mempunyai hubungan positif terhadap BMDK. Kedua, BMDK mempunyai hubungan positif terhadap tingkah laku peranan tambahan (TLKI dan GKWO). Ketiga, AUTK mempunyai hubungan positif terhadap tingkah laku peranan tambahan (TLKI dan GKWO). Keempat, SOKP mempunyai hubungan positif terhadap GKWO tetapi sebaliknya bagi hubungan dengan TLKI. Keputusan analisis pemboleh ubah pengantaraan BMDK menunjukkan hubungan yang signifikan antara faktor kontekstual (SOKP dan AUTK) dengan tingkah laku peranan tambahan (TLKI dan GKWO). Keputusan analisis EFKN sebagai pemboleh ubah penyederhanaan pula menunjukkan hubungan yang signifikan antara AUTK dengan BMDK. Walau bagaimanapun, keputusan yang sebaliknya berlaku antara SOKP dengan BMDK apabila EFKN bertindak sebagai pemboleh ubah penyederhanaan. Secara teorinya, kajian ini menyumbang terhadap disiplin ilmu kelakuan organisasi. Pertama, kepentingan pembentukan konsep BMDK berasaskan Teori Pemuliharaan Sumber. Kedua, kajian dilaksanakan secara berasingan terhadap peranan hubungan faktor kontekstual (SOKP dan AUTK) dengan BMDK dan faktor kontekstual dengan tingkah laku peranan tambahan (TLKI dan GKWO). Ketiga, kajian ini menyumbang terhadap peranan BMDK sebagai mekanisme penting dalam memperihalkan hubungan antara faktor kontekstual dengan tingkah laku peranan tambahan. Sumbangan terakhir ialah kepentingan EFKN sebagai kesan penyederhanaan bagi hubungan antara AUTK dengan BMDK. Dapatan ini menunjukkan bahawa pentingnya peranan BMDK terhadap pihak pengurusan dan pengamal sumber manusia dalam membuat keputusan terhadap perancangan strategik dan tindakan yang perlu bagi membentuk kesejahteraan warga organisasi dan meningkatkan produktiviti.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectOrganizational behavioren_US
dc.subjectSelf-efficacyen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleHubungan antara faktor kontekstual dengan tingkah laku peranan tambahan: berkembang maju dalam kerja sebagai pengantara dan efikasi kendiri sebagai penyerderhanaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages252en_US
dc.identifier.callnoHD58.7.A839 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007444en_US
dc.format.degreePh.D.en_US
dc.description.categoryofthesesTerhad/Restricteden_US
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.