Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777937
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKhadijah Abdul Razak, Dr.en_US
dc.contributor.authorMuhammad Aizat Anwar Apandi (P113391)en_US
dc.date.accessioned2025-02-14T01:58:01Z-
dc.date.available2025-02-14T01:58:01Z-
dc.date.issued2024-02-21-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777937-
dc.description.abstractPerubahan pendidikan abad ke-21 memerlukan para pendidik untuk melakukan anjakan paradigma dalam mempelbagaikan pendekatan yang berkonsepkan kreatif dan inovatif supaya murid turut memiliki kemahiran tersebut seiring dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti secara deskriptif terhadap faktor-faktor kreativiti dan faktor keupayaan inovasi GPI. Selain itu, kajian ini turut mengenal pasti tahap kreativiti dan tahap inovasi GPI. Selain itu, faktor halangan terhadap kreativiti dan inovasi GPI turut dikaji. Kajian ini juga menentukan sama ada terdapat perbezaan kreativiti dan inovasi antara jantina dan hubungan yang signifikan antara kreativiti dengan inovasi berdasarkan analisis inferensi. Pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan telah digunakan dalam kajian ini. Instrumen kajian adalah borang soal selidik untuk memperolehi data dan mendapatkan maklumat kajian. Instrumen kajian ini telah diuji kesahan dan kebolehpercayaan. Responden kajian terdiri daripada sejumlah 320 orang GPI sekolah rendah di negeri Melaka. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Versi 25.0 menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa pengetahuan merupakan faktor utama bagi pendorong kreativiti GPI manakala fasa perkembangan idea merupakan aspek penting kepada faktor inovasi GPI. Seterusnya, tiga halangan terhadap kreativiti dan inovasi guru yang paling tinggi iaitu pertama, saya mengetahui tentang sesuatu kreativiti dan inovasi hanya daripada guru guru lain; kedua, tidak diberi latihan untuk melaksanakan inovasi dalam PdPc; dan ketiga, mengubah kaedah PdPc menjadi kreatif dan inovatif tetapi tidak seperti yang dikehendaki kurikulum. Di samping itu, dapatan analisis inferensi kolerasi pearson menunjukkan terdapat hubungan yang positif signifikan antara faktor kreativiti dengan faktor inovasi GPI. Begitu juga hasil analisis inferensi ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina GPI terhadap faktor kreativiti dan faktor inovasi. Implikasi kajian memberikan maklumat kepada pihak berautoriti untuk membantu aspek kreativiti dan inovasi guru. Kajian ini turut membuktikan bahawa elemen kreativiti dan inovasi penting dalam pembentukan kompetensi GPI serta mendepani perubahan pendidikan abad ke-21 dalam sistem pendidikan negara berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Gelombang 3 (2021-2025) iaitu menjadikan kreativiti dan inovasi PdPc sebagai asas utama kepada para pendidik abad ke-21.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectCreative teachingen_US
dc.subjectEducational innovationsen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKreativiti dan inovasi guru Pendidikan Islam sekolah rendahen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages140en_US
dc.identifier.callnoLB1025.3.M8348 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007420en_US
dc.format.degreeSarjana Pendidikanen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kreativiti dan inovasi guru pendidikan islam sekolah rendah.pdf
  Restricted Access
Full-text4.69 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.