Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777936
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorBity Salwana Alias, Dr.en_US
dc.contributor.authorNurul Fathiyah Ghazali (P107561)en_US
dc.date.accessioned2025-02-14T01:57:08Z-
dc.date.available2025-02-14T01:57:08Z-
dc.date.issued2024-02-13-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777936-
dc.description.abstractGuru Besar merupakan pemimpin sekolah dan juga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi guru dalam kepuasan kerja mereka. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti hubungan di antara gaya kepimpinan Guru Besar dan kepuasan kerja guru di sekolah rendah kebangsaan Putrajaya. Kajian yang dijalankan berbentuk tinjauan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Borang soal selidik diberikan secara dalam talian. Soal selidik tersebut mempunyai 31 item merangkumi tiga konstruk kajian dari gaya kepimpinan iaitu gaya kepimpinan autokratik, demokratik dan laissez-faire. Manakala lima konstruk lagi dari kepuasan kerja iaitu suasana kerja, komunikasi, penghargaan, rakan sekerja dan prosedur kerja. Populasi kajian adalah seramai 341 orang guru dari sekolah rendah di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Perisian SPSS diguna pakai dalam menganalisis data kajian yang melibatkan nilai min, sisihan piawai, frekuensi dan peratus bagi menjawab persoalan kajian. Penemuan kajian menunjukkan bahawa gaya kepimpinan guru besar secara keseluruhannya berada pada tahap sederhana tinggi (min=3.58, s.p.=0.48) manakala kepuasan kerja guru berada pada tahap tinggi (min=4.34, s.p.=0.47). Analisis melalui ujian Korelasi Pearson pula membuktikan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan di antara gaya kepimpinan Guru Besar dan kepuasan kerja guru (r=0.251, p<0.01). Sehubungan itu hasil penemuan memberikan implikasi terhadap dasar dan latihan. Justeru itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu merangka satu latihan yang sistematik dan pelaksanaan yang berkaitan dengan gaya kepimpinan di Institut Aminuddin Baki (IAB). Malah Guru Besar harus lebih mengamalkan gaya kepimpinan demokratik berbanding gaya kepimpinan autokratik dan juga gaya kepimpinan laissez-faire dalam mencapai objektif dan matlamat sekolah secara keseluruhannya. Kesimpulannya, bagi memastikan kepuasan kerja dalam kalangan guru dapat dicapai maka Guru Besar harus peka dalam mengamalkan gaya kepimpinan agar semua pihak akan dapat manfaat bersama.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectSchool principals -- Rating ofen_US
dc.subjectSchool principalsen_US
dc.subjectLeadershipen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePengaruh gaya kepimpinan guru besar terhadap kepuasan kerja guru sekolah rendah di Wilayah Persekutuan Putrajayaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages132en_US
dc.identifier.callnoLB2831.96.N837 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007419en_US
dc.format.degreeSarjana Pendidikanen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pengaruh gaya kepimpinan guru besar terhadap kepuasan kerja guru sekolah rendah di wilayah persekutuan putrajaya.pdf
  Restricted Access
Full-text3.08 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.