Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777935
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Hafizhah Zulkifli, Dr. | en_US |
dc.contributor.author | Muhammad Fuad Ahmad Tajuddin (P113407) | en_US |
dc.date.accessioned | 2025-02-14T01:56:15Z | - |
dc.date.available | 2025-02-14T01:56:15Z | - |
dc.date.issued | 2024-03-28 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777935 | - |
dc.description.abstract | Berdasarkan kajian terdahulu didapati tahap penguasaan Guru Pendidikan Islam (GPI) dalam bidang Jawi berada pada tahap yang kurang memuaskan dan mempengaruhi prestasi pelajar. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk (1) mengenal pasti tahap Pengetahuan Isi Kandungan (PIK) GPI dalam bidang Jawi, (2) tahap faktor-faktor yang mempengaruhi PIK, (3) perbezaan tahap PIK berdasarkan demografi jantina, tahap pendidikan dan pengalaman mengajar, (4) hubungan faktor-faktor dengan tahap PIK, dan (5) sumbangan antara faktor-faktor terhadap tahap PIK. Lima faktor yang disenaraikan iaitu faktor latihan, faktor sistem ejaan Jawi, faktor sikap, faktor beban tugas dan faktor pentadbir. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kuantitatif yang menggunakan borang soal selidik. Peserta kajian adalah terdiri daripada 234 GPI yang mengajar di sekolah rendah di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Bangsar Pudu , Kuala Lumpur. Pemilihan peserta kajian ini menggunakan teknik pensampelan rawak sistematik. Penganalisisan data dilakukan dengan menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Hasil kajian menunjukkan tahap PIK GPI dalam bidang Jawi berada pada tahap yang tinggi (M=4.16, SP=.432). Tahap faktor menyaksikan hanya faktor sikap sahaja yang berada pada tahap tinggi (M=4.08, SP=.409). Manakala faktor latihan, faktor beban tugas, faktor pentadbir berada pada tahap sederhana tinggi dan faktor sistem ejaan Jawi (M=2.57, SP=.330) pada tahap sederhana rendah. Hasil analisis inferensi menunjukkan hanya terdapat perbezaan yang signifikan tahap PIK berdasarkan jantina sahaja [t(232)=-2.141, p<.05]. Manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap PIK dengan demografi tahap pendidikan dan pengalaman mengajar. Analisis hubungan antara tahap PIK dengan faktor-faktor yang mempengaruhinya mendapati kesemua faktor mempunyai hubungan yang signifikan yang majoritinya dalam sangat lemah kecuali faktor sikap [r = .661, sig. = .000 (p<0.05)] pada tahap sederhana. Faktor sikap dan faktor latihan dilihat memberikan sumbangan yang signifikan terhadap PIK GPI sebanyak 45.6% berbanding faktor-faktor yang lain. Kesimpulannya tahap PIK GPI dalam bidang Jawi berada pada tahap yang tinggi didorong oleh faktor yang sikap dan latihan. Walaupun berada pada tahap yang tinggi, analisis terperinci mendapati beberapa kelemahan GPI terutama dalam aspek pengetahuan subjek. GPI boleh dikategorikan sebagai guru mahir dan belum mencapai tahap guru pakar. Implikasi kajian ini menunjukkan kekuatan sikap dan peribadi GPI dalam menjalankan tugas. Begitu juga sistem latihan yang baik dan sistematik amat diperlukan untuk melonjakkan lagi tahap PIK GPI dalam bidang Jawi. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Pedagogical content knowledge | en_US |
dc.subject | Islamic education | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Faktor-faktor yang mempengaruhi Pengetahuan Isi Kandungan (PIK) bidang jawi dalam kalangan guru Pendidikan Islam sekolah rendah | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 268 | en_US |
dc.identifier.callno | LB1028.3.M8349 2024 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 007418 | en_US |
dc.format.degree | Sarjana Pendidikan | en_US |
dc.description.categoryoftheses | Access Terbuka/Open Access | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
faktor-faktor yang mempengaruhi pengetahuan isi kandungan (PIK) bidang jawi dalam kalangan guru pendidikan islam sekolaha rendah.pdf Restricted Access | Full-text | 9.23 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.