Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777934
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKamisah Osman, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.authorWan Nurul Aishah Wan Mohamad (P109575)en_US
dc.date.accessioned2025-02-14T01:55:09Z-
dc.date.available2025-02-14T01:55:09Z-
dc.date.issued2024-02-21-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777934-
dc.description.abstractPembelajaran Maya berasaskan strategi 4C merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sangat relevan dengan Pendidikan Science Technology Engineering Mathematics (STEM) mahupun Science Technology Engineering Art Mathematics (STEAM) serta bertepatan dengan era globalisasi pendidikan masa kini. Namun, penggunaan Modul Maya menggunakan Telegram bagi standard kandungan Sektor Tenaga masih belum dikaji daripada aspek pedagogi dan keberkesanannya. Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan pembelajaran Maya berasaskan Strategi 4C terhadap pencapaian iaitu Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR) dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) serta literasi tenaga dalam kalangan pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran sains teras di sekolah menengah. Kajian ini yang menggunakan kaedah-eksperimen kuasi dengan reka bentuk non-equivalent control group design melibatkan satu kumpulan rawatan dan satu kumpulan kawalan. Bagi kaedah kuantitatif kumpulan rawatan diberikan pendekatan pembelajaran berasaskan m-pembelajaran melalui Modul Maya 4C yang dibangunkan dalam kajian ini menggunakan Telegram manakala kumpulan kawalan menjalani proses pengajaran dan pembelajaran tradisional (TRAD) sedia ada. Kajian ini melibatkan seramai 46 orang pelajar bagi kumpulan rawatan dan 48 orang pelajar bagi kumpulan kawalan di sebuah sekolah harian biasa di daerah Petaling Jaya, Selangor. Instrumen yang digunakan ialah ujian pencapaian Sektor Tenaga dan soal selidik literasi tenaga. Soalan pencapaian menguji pencapaian KBAR dan KBAT merangkumi tajuk Sektor Tenaga. Literasi tenaga pula mengandungi lima sub konstruk iaitu Tahap Pengetahuan Tenaga, Amalan Penggunaan Tenaga, Sikap Terhadap Pembelajaran, Pengalaman Pembelajaran, Keperluan Strategi Pembelajaran. Analisis dapatan kajian melibatkan analisis deskriptif dan diikuti oleh analisis inferensi menggunakan ujian-t bebas, MANOVA dan MANOVA faktorial. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan pengetahuan dan literasi tenaga berdasarkan kumpulan. Analisis MANOVA menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan pencapaian pelajar sub item KBAR dan sub item KBAT pelajar berdasarkan kumpulan serta masa ujian. Analisis MANOVA faktorial pula menunjukkan bahawa tidak terdapat kesan utama kumpulan terhadap waktu ujian dan literasi tenaga. Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa penggunaan Modul Maya 4C berjaya memberikan impak positif terutamanya kepada pencapaian pelajar serta literasi tenaga pelajar. Modul Maya 4C mengimplikasikan strategi pembelajaran berasaskan strategi 4C dan mobile-learning (m-learning) yang boleh dijadikan sebagai alternatif berdasarkan kerelevanannya dengan keperluan pelajar selari dengan perkembangan teknologi pendidikan dan teknologi hijau selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectWeb-based instructionen_US
dc.subjectEducational technologyen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePembangunan dan keberkesanan Modul Maya 4C terhadap pencapaian dan literasi tenaga bagi standard kandungan sektor tenagaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages206en_US
dc.identifier.callnoLB1044.87.W336 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007417en_US
dc.format.degreeSarjana Pendidikanen_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pembangunan dan keberkesanan modul maya 4c terhadap pencapaian dan literasi tenaga bagi standard kandunagn sektor tenaga.pdf
  Restricted Access
Full-text4.77 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.