Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777933
Title: Pengaruh persepsi penerimaan guru terhadap pendekatan kelas berbalik dalam kalangan guru sains sekolah menengah
Authors: Wan Hatimansarozi Wan Omar (P107278)
Supervisor: Lilia Halim, Prof. Dr.
Keywords: Flipped classrooms
Science -- Study and teaching
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 19-Feb-2024
Abstract: Pendekatan Kelas Berbalik merupakan pendekatan yang menggunakan teknologi dan sangat sesuai untuk mata pelajaran sukar seperti Sains. Walaupun terdapat banyak model dan pendekatan pengajaran yang mengintegrasikan teknologi, masih ramai guru enggan untuk menggabungkan teknologi dalam pendidikan seperti pendekatan Kelas Berbalik ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis faktor penerimaan guru terhadap pendekatan Kelas Berbalik dalam kalangan guru Sains sekolah menengah dari perspektif niat bertingkah laku guru untuk menggunakan pendekatan Kelas Berbalik. Faktor penerimaan yang dimaksudkan ialah faktor penentu yang diadaptasikan daripada Model Penerimaan Teknologi (Technology Acceptance Model, TAM) iaitu persepsi kebolehgunaan dan persepsi kemudahgunaan. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan dan soal selidik sebagai instrumen. Seramai 260 guru Sains sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah terlibat sebagai responden kajian ini. Data yang diperoleh pula telah dianalisis menggunakan frekuensi, peratusan, skor min dan sisihan piawai untuk menentukan demografi responden, tahap (i) persepsi kebolehgunaan, (ii) persepsi kemudahgunaan dan (iii) niat bertingkah laku guru untuk menggunakan pendekatan Kelas Berbalik. Selain itu, analisis korelasi Pearson dan regresi berganda turut dilakukan. Hasil kajian menunjukkan secara keseluruhan tahap persepsi kebolehgunaan, tahap persepsi kemudahgunaan dan tahap niat bertingkah laku guru untuk menggunakan pendekatan Kelas Berbalik responden berada pada tahap yang tinggi. Analisis regresi berganda pula menunjukkan persepsi kebolehgunaan dan persepsi kemudahgunaan mempengaruhi secara signifikan terhadap niat bertingkah laku guru untuk menggunakan pendekatan Kelas Berbalik sebanyak 64.6% (R2 = 0.646, F (2, 257) = 234.414, p < 0.05). Dapatan kajian juga menunjukkan penyumbang utama kepada niat bertingkah laku guru untuk menggunakan pendekatan Kelas Berbalik adalah persepsi kemudahgunaan, ß = 0.499, p < 0.05, dan diikuti dengan persepsi kebolehgunaan, ß = 0.344, p < 0.05. Implikasi kajian adalah persepsi kemudahgunaan perlu diberi penekanan semasa pembangunan profesional keguruan kerana mempunyai pengaruh yang besar terhadap niat bertingkah laku guru Sains untuk menggunakan pendekatan Kelas Berbalik. Sungguhpun begitu, persepsi kebolehgunaan juga perlu diberi penekanan kerana kedua-dua persepsi ini mempunyai hubungan yang sangat kuat dan signifikan.
Pages: 136
Call Number: LB1029.F55.W336 2024 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pengaruh persepsi penerimaan guru terhadap pendekatan kelas berbalik dalam kalangan guru sains sekolah menengah.PDF
  Restricted Access
Full-text5.93 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.