Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777932
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Lilia Halim, Prof. Dr. | en_US |
dc.contributor.author | Noor Badriah Abu Bakar (P113741) | en_US |
dc.date.accessioned | 2025-02-14T01:52:12Z | - |
dc.date.available | 2025-02-14T01:52:12Z | - |
dc.date.issued | 2024-02-20 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777932 | - |
dc.description.abstract | Kajian terdahulu menunjukkan penyoalan lisan guru didapati membantu meningkatkan tahap kognitif murid terhadap konsep dan fakta sains yang dipelajari. Penyoalan lisan guru bertindak sebagai medium interaksi yang membolehkan guru mencungkil pengetahuan sedia ada murid dan menjana pengetahuan baru yang dibina secara inkuiri. Namun terdapat kelemahan dalam perlaksanaan penyoalan lisan guru semasa pembelajaran sains berasaskan inkuiri dijalankan kerana guru mengajar secara kuliah dan penglibatan murid secara minimum. Guru cenderung menggunakan soalan lisan aras rendah dan tertutup yang tidak menggalakkan kemahiran menaakul, menganalisis dan membuat keputusan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menghuraikan jenis soalan lisan, strategi penyoalan lisan guru dan cabaran yang dihadapi oleh guru sains sekolah rendah dalam Pembelajaran Sains Berasaskan Inkuiri (PSBI) atau Inquiry- Based Science Education (IBSE). Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes. Data diperoleh melalui kaedah temu bual dan analisis dokumen. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah analisis perbandingan berterusan bagi mendapatkan tema dan sub- tema yang terkandung dalam transkrip temu bual yang merupakan data primer. Pemilihan peserta kajian adalah secara pensampelan bertujuan iaitu seramai tiga orang guru sains sekolah rendah yang merupakan Jurulatih Utama Negeri (JUN) dan telah menerima latihan kejurulatihan PSBI dari Pusat STEM. Seramai 12 orang murid sekolah rendah juga dipilih sebagai peserta kajian dan mer;eka juga telah mempunyai pengalaman sesi pembelajaran sains berasaskan inkuiri. Dapatan kajian mendapati terdapat tiga kategori utama jenis soalan lisan yang diajukan sepanjang fasa inkuiri 5E (penglibatan, penerokaan, penerangan, penghuraian dan penilaian) iaitu soalan lisan berbentuk penjelasan, soalan lisan berbentuk memfokus dan soalan lisan berbentuk menyelidik. Analisis data menunjukkan bahawa soalan lisan berbentuk menyelidik lebih kerap digunakan sepanjang pembelajaran sains berasaskan inkuiri dijalankan. Dapatan kajian juga menunjukkan enam strategi yang diamalkan oleh peserta kajian iaitu penyoalan berhiarerki, maklum balas guru, sasaran penyoalan, stimulus, masa menunggu dan perkongsian pendapat. Guru juga menyatakan cabaran yang dialami sepanjang menjalankan penyoalan lisan dalam pembelajaran sains berasaskan inkuiri iaitu kewujudan murid pasif dan kekangan masa. Kajian turut menghasilkan sebuah kerangka awal iaitu Kerangka Penyoalan Lisan Guru Sains Sekolah Rendah yang menekankan pelbagai jenis soalan lisan, strategi dan cabaran sepanjang melaksanakan penyoalan lisan dalam PSBI. Hasil kajian merumuskan amalan penyoalan lisan guru yang berkualiti membantu merancahkan murid untuk berfikir secara aras tinggi dalam konteks pembelajaran sains berasaskan inkuiri. Salah satu implikasi kajian ialah Kerangka Penyoalan Lisan yang dibentuk dapat dijadikan garis panduan dalam latihan dalam perkhidmatan seperti Professional Learning Community (PLC) dan pembelajaran kendiri untuk guru meningkatkan kemahiran penyoalan lisan. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Oral communication | en_US |
dc.subject | Science -- Study and teaching | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Amalan penyoalan lisan guru sekolah rendah dalam pembelajaran sains berasaskan inkuiri | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 265 | en_US |
dc.identifier.callno | P95.N636 2024 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 007415 | en_US |
dc.format.degree | Sarjana Pendidikan | en_US |
dc.description.categoryoftheses | Access Terbuka/Open Access | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Amalan penyoalan lisan guru sekolah rendah dalam pembelajaran sains berasaskan inkuiri.pdf Restricted Access | Full-text | 7.71 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.