Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777929
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Sheerad Sahid, Dr. | en_US |
dc.contributor.advisor | Muhammad Hussin, Prof. Datuk Dr. | en_US |
dc.contributor.author | Nagari, Primasa Minerva (P112197) | en_US |
dc.date.accessioned | 2025-02-14T01:47:04Z | - |
dc.date.available | 2025-02-14T01:47:04Z | - |
dc.date.issued | 2024-03-11 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777929 | - |
dc.description.abstract | Ekonomi berasaskan pengetahuan (k-ekonomi) dinilai sebagai model ekonomi masa depan semua negara di dunia, tidak terkecuali di wilayah Jawa Timur, Indonesia. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menguji kesan pendidikan ekonomi, kemahiran keusahawanan, persekitaran sosial, dan fasiliti ICT terhadap kesediaan k-ekonomi pelajar universiti di wilayah Jawa Timur, Indonesia. Disamping itu, kajian ini juga menguji peranan pengantara literasi digital dan peranan penyederhana media sosial dalam hubungan diantara pendidikan ekonomi, kemahiran keusahawanan, persekitaran sosial, dan fasiliti ICT terhadap kesediaan k-ekonomi. Pendekatan kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan borang soal-selidik secara tadbir sendiri telah digunakan dengan menjadikan pelajar universiti di wilayah Jawa Timur, Indonesia sebagai sampel kajian. Sebanyak 417 responden diperoleh dari kaedah lawatan dan tinjauan atas talian. Data kajian dianalisis menggunakan kaedah pemodelan persamaan berstruktur atau SEM. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pendidikan ekonomi, kemahiran keusahawanan, persekitaran sosial dan fasiliti ICT secara langsung mempengaruhi kesediaan k-ekonomi pelajar universiti. Kajian ini juga menunjukan bahawa literasi digital mengantara hubungan pendidikan ekonomi, kemahiran keusahawanan, persekitaran sosial dan fasiliti ICT terhadap kesediaan k-ekonomi pelajar. Pendekatan bootstrapping yang digunakan dalam prosedur pengujian perantara turut menghasilkan keputusan yang sama, justeru mengesahkan bahawa literasi digital mengantara hubungan antara pendidikan ekonomi, kemahiran keusahawanan, persekitaran sosial, dan fasiliti ICT terhadap kesediaan k-ekonomi pelajar universiti. Manakala, media sosial menyederhana hubungan pendidikan ekonomi, kemahiran keusahawanan, persekitaran sosial, dan fasiliti ICT dengan kesediaan k-ekonomi pelajar universiti. Dapatan daripada kajian ini menyumbang dalam bidang ilmu dan praktis dengan mencadangkan model yang dapat menyediakan k-ekonomi pelajar universiti di wilayah Jawa Timur, Indonesia. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Knowledge economy | en_US |
dc.subject | Economics | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Analisis permodelan persamaan berstruktur faktor yang mempengaruhi kesediaan k-ekonomi pelajar universiti di Indonesia | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 480 | en_US |
dc.identifier.callno | HC79.I55.N334 2024 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 007412 | en_US |
dc.format.degree | Ph.D. | en_US |
dc.description.categoryoftheses | Terhad/Restricted | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Analisis permodelan persamaan bersturktur faktor yang memperngaruhi kesediaan K-ekonomi pelajar Universiti di Indonesia.PDF Restricted Access | Partial | 6.27 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.