Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777926
Title: | Pengetahuan teknologi, kurikulum dan pedagogi terhadap kompetensi guru kesusasteraan Melayu |
Authors: | Noor Syazwani Roni (P71629) |
Supervisor: | Zamri Mahamod, Prof Dr. |
Keywords: | Educational technology Education -- Study and teaching Competency-based education Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 4-Jan-2024 |
Abstract: | Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pengetahuan teknologi, kurikulum dan pedagogi terhadap kompetensi guru Kesuasateraan Melayu (KM). Terdapat beberapa isu dan permasalahan kajian yang ingin dihuraikan iaitu pengetahuan teknologi, kurikulum, pedagogi serta kompetensi guru KM masih lagi berada pada tahap yang rendah. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap pengetahuan teknologi, kurikulum, pedagogi serta kompetensi guru. Kajian ini juga ingin melihat perbezaan pengetahuan teknologi, kurikulum dan pedagogi guru KM berdasarkan jantina, kategori sekolah, opsyen dan pengalaman mengajar, di samping menjelaskan hubungan di antara kompetensi dengan pengetahuan kurikulum, pedagogi dan teknologi guru KM. Selain itu, pengkaji juga ingin melihat pengaruh pengetahuan teknologi, kurikulum dan pedagogi terhadap kompetensi guru KM. Kajian ini berbentuk kuantitatf dengan menggunakan soal selidik sebagai alat kajian untuk mengutip data. Data dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) Statistics 25 sebagai alat untuk pemerihalan data deskriptif dan inferensi. Responden kajian adalah terdiri daripada semua guru yang mengajar subjek elektif KM di Semenanjung Malaysia sahaja. Dapatan kajian menunjukkan tahap kompetensi, pengetahuan kurikulum dan teknologi guru KM berada pada tahap yang tinggi, manakala pengetahuan pedagogi berada pada tahap yang sederhana. Ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pengetahaun kurikulum, pedagogi dan teknologi berdasarkan jantina dan kategori sekolah. Ujian ANOVA Sehala pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pengetahaun kurikulum, pedagogi dan terknologi berdasarkan pengalaman mengajar dan opsyen. Selain itu, analisis korelasi menunjukkan bahawa kompetensi mempunyai hubungan positif yang kuat dan signifikan dengan pengetahuan kurikulum, manakala kompetensi mempunyai hubungan yang positif yang sederhana dengan pengetahaun pedagogi dan teknologi. Dapatan regresi berganda menunjukkan pengetahuan kurikulum dan teknologi telah memberikan pengaruh yang signifikan terhadap kompetensi guru KM dengan nilai varian sebanyak sebanyak 43.3%. Berdasarkan dapatan yang diperolehi, melalui kajian ini terdapat beberapa sumbangan yang diperolehi antaranya instrument kajian ini boleh dijadikan rujukan kepada pengkaji akan datang berkaitan pengetahuan teknologi, kurikulum, pedagogi dan kompetensi guru KM. Selain daripada itu, didapati bahawa pengetahuan kurikulum dan teknologi telah memberikan pengaruh secara langsung ke atas kompetensi guru KM. Ini bermakna, pengetahuan kurikulum dan teknologi meningkat maka kompetensi guru KM juga turut mengalami peningkatan. Oleh itu, guru KM perlulah menguasai elemen pengetahuan teknologi, kurikulum dan pedagogi agar dapat melahirkan guru yang kompeten dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) KM. |
Pages: | 333 |
Call Number: | LB1028.3.N636 2024 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Pengetahuan teknologi kurikulum dan pedagogi terhadap kompentensi guru kesusasteraan melayu.pdf Restricted Access | Full text | 4.7 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.