Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777901
Title: | Keberkesanan sistem taungya terhadap pemulihan struktur hutan dan kepelbagaian genetik Shorea acuminata dyer di hutan simpan Kenaboi, Jelebu Negeri Sembilan |
Authors: | Fatma Nadiah Abd Hamid (P70191) |
Supervisor: | Wickneswari Ratnam, Prof. Dr. Wan Juliana Wan Ahmad, Prof. Madya Dr. Shaharuddin Mohammad Ismail, Dato’ |
Keywords: | Shorea Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 9-Jun-2022 |
Abstract: | Ekosistem daratan di Malaysia sering mengalami degradasi akibat aktiviti-aktiviti seperti pertanian, perlombongan dan pembalakan di hutan termasuklah hutan simpan yang berfungsi sebagai hutan pengeluaran. Pelbagai langkah pemulihan hutan terosot diguna-pakai antaranya adalah Sistem Taungya. Kajian ini dijalankan untuk menilai keberkesanan Sistem Taungya melalui penilaian struktur hutan, corak dirian dan taburan reruang bagi populasi Shorea dan kepelbagaian genetik Shorea acuminata Dyer di Hutan Simpan Kenaboi, Jelebu, Negeri Sembilan. Tapak kajian ini asalnya diterokai untuk pertanian tanaman kontan yang kemudiannya dirawat melalui Sistem Taungya. Stok anak pokok dari Hutan Simpan Sungai Menyala digunakan dalam sistem pemulihan ini. Satu hektar plot dirian terbaik yang berukuran 100 m x 100 m telah dibina sebagai plot kajian. Semua pokok yang mempunyai perepang pada paras dada (DBH) 5 cm ke atas telah diukur, ditanda dan dicamkan. Jarak dan kedudukan setiap pokok S. acuminata telah direkodkan bertujuan menentukan taburan reruang S. acuminata. Sebanyak 132 sampel kulit dalam pokok S. acuminata dikutip untuk pemencilan DNA. Empat penanda molekul SSR (Sle280, Sle392, Sle475 dan Sle566) dan dua penanda molekul EST-SSR (SleE07 dan SleE16) digunakan bagi menganalisa 95 sampel DNA S. acuminata yang berkualiti tinggi. Parameter kepelbagaian genetik termasuk status sumbangan maternal ditentukan bagi 75 sampel yang memaparkan data puncak yang berkualiti di dalam analisis serpihan produk tindak balas berantai polimerase (PCR). Hasil kajian merekodkan sebanyak 395 pokok (≥ 5 cm DBH) yang terdiri daripada 37 spesies, 31 genus dan 20 famili. Dipterocarpaceae merupakan pokok yang mempunyai kepadatan yang paling tinggi iaitu 193 pokok per hektar. Jumlah kepadatan pokok semakin berkurangan apabila saiz perepang pokok semakin bertambah. Jumlah luas pangkal pokok adalah 34.48 m2 ha-1 dan Shorea menunjukkan luas pangkal pokok yang paling tinggi iaitu sebanyak 23.42 m2 ha-1 (67%). Jumlah biojisim adalah 703.30 t ha-1 dan Shorea menunjukkan nilai biojisim yang paling tinggi di plot kajian iaitu sebanyak 483.93 t ha-1 (69%). Kepadatan kayu jaras kecil (5 – 15 cm DBH) pokok Shorea adalah 15% daripada 119 pokok dan kepadatan ini meningkat apabila saiz perepang pokok meningkat sehingga 60 cm DBH iaitu 81% daripada 74 pokok. Namun, kepadatan pokok Shorea berkurangan apabila saiz perepang pokok semakin bertambah sehingga 80 cm DBH. Pokok S. acuminata menunjukkan nilai luas pangkal dan biojisim yang paling tinggi iaitu 62% daripada jumlah luas pangkal pokok Shorea dan 61% peratus daripada jumlah biojisim pokok Shorea. Pokok S. acuminata kecil (< 30 cm ) didapati bertaburan secara berkelompok dengan signifikan (p < 0.05). Kepelbagaian genetik pokok S. acuminata besar (He = 0.656 ± 0.19) dan S. acuminata kecil (He=0.652 ± 0.17) adalah tinggi. Populasi yang terdiri daripada pokok S. acuminata besar (Fis = 0.035) dan kecil (Fis = 0.164) berada dalam keseimbangan genetik. Ini menunjukkan stok penanaman yang diambil dari Hutan Simpan Sungai Menyala mempunyai kepelbagaian genetik yang tinggi dan sesuai dijadikan stok tanaman bagi pemulihan kawasan hutan terosot. Dendogram berasaskan nilai kesamaan Jaccard menyokong stok tanaman S. acuminata yang pelbagai. Analisis sumbangan maternal menunjukkan sumbangan alel pada pokok kecil S. acuminata adalah daripada pokok yang ditanam di dalam plot kajian. Sistem Taungya yang menggunakan spesies asal hutan didapati berjaya memulihkan kawasan hutan yang terosot melalui pemulihan struktur hutan serta kebolehidupan genetik spesies berkenaan. |
Pages: | 212 |
Call Number: | SD397.S48.F338 2022 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Keberkesanan sistem taungya terhadap pemulihan struktur hutan dan kepelbagaian genetik Shorea acuminata dyer di hutan simpan Kenaboi Negeri Sembilan.pdf Restricted Access | Full-text | 3.42 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.