Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777895
Title: | Penilaian kesan debu fiber gentian kaca terhadap kesihatan respiratori dalam kalangan kakitangan klinik ortopedik di Lembah Klang |
Authors: | Zulkifli Abu Bakar (P79490) |
Supervisor: | Amran Ab Majid, Prof. Dr. Irman Abdul Rahman, Prof. Madya Dr. Anuar Ithnin, Dr. |
Keywords: | Glass fibers Orthopedics Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 21-Jul-2022 |
Abstract: | Prosedur pemotongan kas gentian kaca merupakan aktiviti utama di klinik ortopedik. Kesan daripada prosedur pemotongan kas gentian kaca telah membebaskan debu fiber gentian kaca di ruang udara klinik ortopedik dalam tempoh masa yang tertentu. Debu fiber gentian kaca berpotensi untuk menjadi hazad pekerjaan kepada kakitangan yang terdedah. Pendedahan secara inhalasi debu fiber gentian kaca mempunyai hubungkait dengan prevalen simptom-simptom respiratori. Kajian keratan rentas perbandingan berkaitan pendedahan debu fiber gentian kaca terhadap prevalen simtom respiratori dalam kalangan kakitangan kesihatan telah dijalankan dalam hospital awam di Lembah Klang. Pengukuran jumlah kepekatan debu fiber gentian kaca di udara menggunakan kaedah NIOSH Manual of Analitical Methods (NMAM 7400) bersama alat pensampel udara isipadu rendah dengan kadar aliran udara 2.0 liter per minit. Prevalen simptom respiratori daripada 125 responden terdedah dan 81 responden kawalan dinilai menggunakan borang soal selidik. Semua responden menjalani ujian fungsi paru-paru untuk menentukan perubahan nilai parameter Kapasiti Vital Paksaan (FVC), Isipadu Ekspiratori Paksa Dalam 1 Saat (FEV1) dan nisbah peratusan FEV1/FVC untuk perbandingan. Tahap pengetahuan, sikap dan amalan terhadap elemen keselamatan dan kesihatan pekerjaan juga dinilai menggunakan borang soal selidik. Hasil kajian menunjukkan min kumulatif kepekatan debu fiber gentian kaca persampelan personel (1.63 fiber/ml) dan kawasan (2.17 fiber/ml) di bilik Plaster of Paris adalah lebih tinggi dari had pendedahan dibenarkan. Prevalen simptom batuk (77.7%), pengeluaran lendir (61.6%), berdehit (47.2%), sesak nafas (29.6%), nasal (62.4%), mata (47.2%) dan kulit (39.2%) lebih tinggi dalam kalangan responden terdedah. Responden terdedah menunjukkan peningkatan risiko simptom batuk (nisbah odd diperbetulkan (adj OR) 4.22), pengeluaran lendir (adj OR 2.63), berdehit (adj OR 2.33) dan urticaria (adj OR 2.45) berbanding kawalan. Fungsi paru-paru menunjukkan nilai min diukur FVC (min = 3.30, SD 0.75) responden terdedah lebih rendah dari kawalan. Terdapat perbezaan yang signifikan (p ˂ 0.023), yang mana tahap pengetahuan responden terdedah lebih rendah (12.0%) berbanding kawalan (24.7%). Walau bagaimanapun tahap sikap dan amalan berkaitan elemen keselamatan dan kesihatan pekerjaan tiada perbezaan yang signifikan di antara kakitangan klinik ortopedik dan wad ortopedik. Kajian ini menunjukkan terdapat hubungkait jumlah kepekatan debu fiber gentian kaca yang tinggi dan prevalan simptom respiratori serta penurunan fungsi paru-paru dalam kalangan kakitangan klinik ortopedik. Oleh kerana itu, pihak pengurusan hospital disyorkan untuk mendaftarkan kas gentian kaca di dalam Garis Panduan Penggunaan Bahan Kimia Berhazad Di Fasiliti Kesihatan dan penambahbaikan tatacara keselamatan berkaitan penggunaan kas gentian kaca dalam hospital awam di Lembah Klang. |
Pages: | 269 |
Call Number: | TP860.5.Z835 2022 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Penilaian kesan debu fiber gentian kaca terhadap kesihatan respiratori dalam kalangan kakitangan klinik ortopedik di Lembah Klang.pdf Restricted Access | Full-text | 3.82 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.