Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/777892
Title: | Pemetaan hutan paya bakau di kawasan ekopelancongan kelip-kelip di Sungai Rembau, Negeri Sembilan |
Authors: | Nor Shafikah Idris (P94745) |
Supervisor: | Muzzneena Ahmad Mustapha, Prof. Madya Dr. Norela Sulaiman, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Mangrove forests Forests and forestry Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 2-Aug-2022 |
Abstract: | Hutan paya bakau merupakan ekosistem yang produktif dan amat penting memandangkan ia menyumbang kepada sektor ekonomi seperti ekopelancongan kelip-kelip. Pemantauan dan penilaian terhadap status hutan ini adalah penting dalam membantu usaha pemeliharaan dan pemuliharaan. Penggunaan data satelit berupaya membantu dalam pemetaan hutan paya bakau bagi menyediakan sumber maklumat dan liputan yang tepat terutama di kawasan yang luas dan sukar diakses. Objektif kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kualiti litupan hutan paya bakau dalam tempoh 15 tahun (2002-2017), menentukan taburan hutan paya bakau dan meramal kawasan potensi habitat kelip-kelip di hutan paya bakau di Sungai Rembau, Negeri Sembilan. Pengukuran kualiti litupan hutan paya bakau mengunakan satelit Landsat ditentukan menggunakan analisis Fraction Vegetation Cover. Taburan hutan paya bakau ditentukan menggunakan satelit SPOT 5 melalui aplikasi analisis tekstur teknik statistik peringkat pertama dan kedua (Entropi, Homogeniti dan Kontras) menggunakan algoritma varians dan Gray level Co-occurence Matrix masing-masing. Penentuan kawasan potensi habitat kelip-kelip dilakukan mengunakan kaedah permodelan GIS. Terdapat empat tahap litupan vegetasi hutan paya bakau iaitu tiada litupan, litupan rendah, litupan sederhana dan litupan tinggi. Kualiti hutan paya bakau didapati menurun akibat daripada penurunan tahap litupan vegetasi hutan paya bakau. Aktiviti penukaran guna tanah dilihat mempengaruhi litupan hutan paya bakau seperti perladangan kelapa sawit. Taburan vegetasi hutan paya bakau menunjukkan lapan spesies iaitu S. caseolaris, N. fruticans, B. gymnorhiza, X. granatum, C. odollam, S. alba, T. populnea, dan R. apiculata. Ketepatan pengelasan tertinggi pada 87.11% dengan statistik Kappa 0.85 diperolehi menggunakan imej tekstur kelas kedua (Homogeniti) jalur NIR dengan saiz tetingkap 9×9. Peningkatan ketepatan ini menunjukkan pendekatan spektral dan reruang berupaya untuk membuat pengelasan berdasarkan perhubungan reruang yang memaparkan nilai dengan kebarangkalian tertinggi. Kawasan habitat kelip-kelip yang tinggi didapati di kawasan yang mempunyai taburan tinggi pokok berembang dan nipah serta jauh daripada aktiviti guna tanah. Penghasilan peta kawasan potensi habitat kelip-kelip di hutan paya bakau menunjukkan ketepatan 83.43% dengan nilai statistik Kappa 0.82. Pendekatan kajian ini berupaya meningkatkan pemetaan hutan paya bakau dan menyumbang terhadap pengurusan ekosistem yang lebih mapan bagi memulihara hutan paya bakau sebagai habitat kelip-kelip dalam menyumbang kepada industri eko-pelancongan negara. |
Pages: | 266 |
Call Number: | QK938.M27.N637 2022 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Pemetaan hutan paya bakau di kawasan ekopelancongan kelip-kelip di Sungai Rembau, Negeri Sembilan.pdf Restricted Access | Full-text | 6.82 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.